wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - TATABAHASA TAHUN 5 (Cikgu Wan Asmanira)

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

“Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai _______ kamu sebagai seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada anaknya.

a)

wawasan

b)

gagasan

c)

cita-cita

d)

hobi

2.

Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan amal ini akan diserahkan kepada penyelia rumah kebajikan itu.

a)

huluran

b)

kutipan

c)

hantaran

d)

sumbangan

3.

_______ biasiswa ini terbuka kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

a)

Sokongan

b)

Imbuhan

c)

Tawaran

d)

Huluran

4.

Budak yang itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya

a)

kepala angin

b)

kepala batu

c)

besar kepala

d)

barat kepala

5.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

6.

________ untuk membina tempat pelupusan sampah di situ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

a)

Cadangan

b)

Pendapat

c)

Suruhan

d)

Gesaan

7.

Puan Jalina memberikan _______ wajah pemuda yang mencerobohi rumahnya malam tadi.

a)

gambaran

b)

bayangan

c)

kenangan

d)

lukisan

8.

Pengunjung hotel terpesona dengan _______ manis penyambut tetamu itu.

a)

pandangan

b)

senyuman

c)

jelingan

d)

pujian

9.

Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib Negara untuk mencari _______ yang berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

a)

khabar

b)

taklimat

c)

maklumat

d)

makluman

10.

Beberapa orang peniaga disaman kerana mengubahsuaikan alat ________.

a)

sukatan

b)

tapisan

c)

sulingan

d)

timbangan

11.

Pelamin dan bilik pengantin memang cantik dan indah dengan _______ yang menarik.

a)

ukiran

b)

hiasan

c)

tenunan

d)

anyaman

12.
Faridah ________ baju di jemuran kerana cuaca agak cerah.
a)
membasuh
b)
menyimpan
c)
mengangkat
d)
menyidai
13.
10. Abang Jamilah............................pokok rambutan untuk memetik buah rambutan.
a)
menebang
b)
mencantas
c)
mengait
d)
memanjat
14.
“Jika ________ ada masa lapang,  jemputlah ke rumah saya pada hujung minggu ini,” kata Aniq kepada kawan-kawannya.  
a)
dia
b)
awak
c)
beliau
d)
kalian
15.

Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.

a)

tengik amat

b)

busuk sekali

c)

hapak sungguh

d)

hanyir sekali

16.

Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.

a)

biji

b)

keping

c)

lembar

d)

naskhah

17.

Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.

a)

kecut

b)

kemik

c)

kendur

d)

kempis

18.

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.

a)

alah biasa tegal biasa

b)

bagai tikus membaiki labu

c)

alang-alang mandi biar basah

d)

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

19.

Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.

a)

serta

b)

tetapi

c)

kecuali

d)

manakala

20.

Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.

a)

kecil

b)

sendat

c)

labuh

d)

panjang

21.

Pilih jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.


Pak Hamid hendak menebang pokok kelapa yang __________ ke arah kandang kambingnya.

a)

bongkok

b)

bengkok

c)

serong

d)

condong

22.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Cikgu Ishak menjelaskan bahawa program Hari Kantin yang akan dianjurkan itu adalah untuk meluaskan pengetahuan murid-murid tentang perniagaan.

a)

“Pengetahuan kalian dapat ditambah melalui Hari Kantin yang bakal diadakan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

b)

“Hari Kantin yang akan diadakan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan kalian dalam perniagaan,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

c)

“Hari Kantin ini diadakan untuk menyedarkan murid-murid tentang pentingnya ilmu perniagaan,” kata Cikgu Ishak.

d)

“Kalian akan mengetahui bidang perniagaan melalui Hari Kantin yang dianjurkan ini,” kata Cikgu Ishak kepada murid-murid.

23.

Sebelum rombongan itu pulang ke tanah air,___________bergambar beramai-ramai di balai perlepasan lapangan terbang

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

kalian

24.

Pak Hassan memikul __________ pisang yang baru ditebang di kebunnya.

a)

sebiji

b)

sesisir

c)

seikat

d)

setandan

25.

Mira ____________ adunan yang telah siap dibancuh dengan senduk.

a)

menuang

b)

mencurah

c)

meletak

d)

menyenduk

26.

Hanis jatuh tersungkur apabila tersadung akar pokok semasa berburu. Perkataan seerti bagi tersadung

a)

terkena

b)

terduduk

c)

terlanggar

d)

tersentuh

27.

Penceramah itu mengakhiri ucapannya serangkap pantun enam kerat.

Pilih perkataan berlawan bagi mengakhiri

a)

memulakan

b)

memperkenalkan

c)

mempersembahkan

d)

menyudahi

28.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul


I Air bah itu paras pinggang saya.

II Ibu meletakkan periuk itu di atas paras kayu.

III Peragawati itu mempunyai paras rupa yang menawan.

IV Penghulu mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.

a)

I dan III

b)

II dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

29.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Kakak melarang Siti bermain di tepi kolam itu.

a)

“Siti, larang adik itu bermain di tepi kolam,” kata kakak.

b)

“Siti, bahaya bermain di tepi kolam,” jerit kakaknya.

c)

“Jangan bermain di tepi kolam,” jerit Siti kepada kakak.

d)

“Usah bermain di tepi kolam,” kata kakak kepada Siti.

30.

Sandra membantu ibu di rumah.

a)

ayat majmuk

b)

ayat aktif

c)

ayat pasif

d)

ayat tunggal