wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Peribahasa Bersama Cikgu Mazni

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik _____________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak tut

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

6.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

7.

Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

8.

Semua barang itu dijual dengan ___________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

9.

Yoke Lan __________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

10.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ____________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

11.

Keadaan Aliff Imran ___________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

12.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

13.

Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu _________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

14.

Puan Zainab ___________ kerana lima ahli keluarganya telah

maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

15.

Oii Sik Lee dianggap ___________kerana tidak dapat

menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

16.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ____________

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

17.

Encik Badarudin ____________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

18.

Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ______________

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawak hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ___________

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

20.

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti ____

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

21.

Salmi Farhana berasa ____________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.

a)

makan hati

b)

iri hati

c)

ada hati

d)

buah hati

22.

Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

ambil hati

b)

ambil langkah

c)

ambil ringan

d)

ambil angin

23.

Sarasawaji ____________dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu.

a)

makan hati

b)

jatuh hati

c)

iri hati

d)

ambil hati

24.

Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi ____________rakyat Malaysia.

a)

buah tangan

b)

buah mulut

c)

buah hati

d)

buah pena

25.

_________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

Makan hati

b)

Hancur hati

c)

Besar hati

d)

Jatuh hati

26.

__________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.

a)

Air muka

b)

Ada hati

c)

Ada harapan

d)

Air tangan

27.

Perbuatan memberi atau menerima _____________ketika menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

duit hantaran

b)

duit pecah

c)

duit raya

d)

duit kopi

28.

Cikgu Patricia Ang tiba-tiba ___________ apabila beliau mengetahui anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.

a)

ada angin

b)

atas angin

c)

naik angin

d)

khabar angin

29.

Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.

a)

rambang mata

b)

lupa daratan

c)

serkap jarang

d)

lipas kudung

30.

Semua murid ______________untuk mendengar taklimat Program Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.

a)

pasang badan

b)

pasang telinga

c)

ambil berat

d)

ambil hati

31.

Kamaruzaman ____________kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

32.

Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana baginya _____________

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

melentur buluh biar daripada rebungnya

33.

Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _______________ketika

mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.

a)

buang yang keruh ambil yang jernih

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

sambil menyelam minum air

d)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

34.

Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti _______

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

sambil menyelam minum air

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

tepuk dada tanya selera

35.

Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai __________

a)

cincin dengan permata

b)

kucing dengan anjing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

36.

Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin _________

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

37.

Encik Tarmizi _______________kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

38.

Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya___________kerana semua nasihatnya tidak mereka endahkan.

a)

bagai haruan makan anak

b)

bagai kambing dihalau ke air

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

39.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur dihujung tanduk

40.

Subramaniam seperti ___________kerana banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.

a)

katak di bawah tempurung

b)

ayam disambar helang

c)

kera mendapat bunga

d)

murai tercabut ekor

41.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid terpaksa _____________bagi

menyelesaikan kes keracunan makanan di kantin sekolah.

a)

campur tangan

b)

gila bayang

c)

ambil ringan

d)

bulat hati

42.

Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton.

a)

mengambil berat

b)

mengambil tahu

c)

menarik hati

d)

mencuit hati

43.

Semua guru tidak sepatutnya ____________ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.

a)

pilih kasih

b)

patah hati

c)

panas hati

d)

perang mulut

44.

Mohamad Zuhairi merupakan ____________pasukan bola baling Daerah Manjung peringkat sekolah rendah.

a)

lipas kudung

b)

ayam tambatan

c)

orang tengah

d)

bekas tangan

45.

Faridatul perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya __________________

a)

pasang telinga

b)

telinga kuali

c)

pekak badak

d)

telinga lintah

46.

Semua mangsa banjir di Batu Pahat ______________untuk menyelamatkan harta-benda mereka daripada dihanyutkan air.

a)

mencari jalan

b)

membuka jalan

c)

mencari untung

d)

membuka langkah

47.

Penanam tembakau itu ________________ di tengah panas untuk mencari rezeki menyara keluarga mereka.

a)

curi tulang

b)

tulang belakang

c)

membanting tulang

d)

ringan tulang

48.

Penduduk Kampung Panchor _________________ sejak pukul lapan pagi untuk membaiki jambatan yang rosak.

a)

ringan tangan

b)

ringan tulang

c)

mandi kerbau

d)

mandi keringat

49.

Sabariah menarik diri dalam acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang ___________

a)

bidan terjun

b)

bongkok udang

c)

pening lalat

d)

puteri lilin

50.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

d)

bawah angin