wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Amina berasa pening kepala apabila melalui jalan yang ______ itu.

a)

bengkang-bengkok

b)

kacau-bilau

c)

batu-batan

d)

huru-hara

2.

Kaki Lokman _________ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah-ranah

b)

lekuk-lekak

c)

robak-rabik

d)

calar-balar

3.

__________ ialah alat yang digunakan untuk mengukur sudut tepat.

a)

Kekisi

b)

Sesiku

c)

Kekuda

d)

Kekunci

4.

Pak Mat meletakkan __________ di tengah sawahnya untuk menghalau burung-burung.

a)

patung-patung

b)

orang-orang

c)

labi-labi

d)

laki-laki

5.

______________ tingkap rumah kampung itu dibuat daripada kayu jati.

a)

Kekuda

b)

Lelangit

c)

Bebalai

d)

Kekisi

6.

________ Alif ligat memetik gitar untuk menghasilkan irama.

a)

Jejari

b)

Bebola

c)

Lelangit

d)

Gegendang

7.

Wak Seman ________ model kereta di tapak pameran itu satu persatu.

a)

membelek-belek

b)

mengipas-ngipas

c)

mengoyak-ngoyak

d)

mengangguk-angguk

8.

Kanak-kanak itu _________ mengutip gula-gula semasa sukaneka.

a)

berlonjak-lonjak

b)

bergayut-gayut

c)

berhabis-habis

d)

berebut-rebut

9.

Emak menghidangkan beberapa biji _________ ayam untuk adik.

a)

jejari

b)

bebola

c)

rerumput

d)

reranting

10.

Ayah memandu kereta dengan berhati-hati apabila melalui jalan yang _____________ itu.

a)

huyung-hayang

b)

mundar-mandir

c)

lintang-pukang

d)

bengkang-bengkok

11.

Nenek ketawa ________melihat telatah cucu-cucunya.

a)

bertepuk-tepuk

b)

berdekah-dekah

c)

berulang-ulang

d)

berlari-lari

12.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebat dan kilat __________.

a)

berwarna-warni

b)

sabung-menyabung

c)

sambung-menyambung

d)

berdentung-dentung

13.

Para pelanggan __________ di hadapan kedai itu sementara menunggu kedai dibuka.

a)

susup-sasap

b)

simpang-siur

c)

lintang-pukang

d)

mundar-mandir

14.

Kakak Yanti memakai sepasang _________ semasa majlis pertunangannya.

a)

jari-jari

b)

kisi-kisi

c)

langit-langit

d)

anting-anting

15.

Beberapa orang kanak-kanak sedang __________ di padang.

a)

terkial-kial

b)

meronta-ronta

c)

berlari-lari

d)

terkinja-kinja