wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah KSSM Tingkatan 4 - Bab 5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Jawatankuasa Kerja diperkenalkan?

a)

A. Untuk menggantikan Malayan Union

b)

B. Untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

C. Untuk mempercepatkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

d)

D. Untuk mengkaji semula Malayan Union

2.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

3.

Mengapakah golongan Melayu radikal membantah tindakan British membentuk Jawatankuasa Kerja?

a)

A. Tidak bersetuju dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

B. Hak istimewa orang Melayu terjejas

c)

C. Syarat kewarganegaraa yang masih longgar

d)

D. Menjalankan perundingan tertutup dengann UMNO

4.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau?

a)

A. Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

B. Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

C. Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

D. Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

5.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan?

a)

A. Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

B. Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

C. Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

D. Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

6.

Siapakah nama tokoh di atas dan apakah peranan tokoh tersebut?

a)

A. Tan Cheng Lock; Pengerusi AMCJA

b)

B. John Eber; Pengerusi MDU

c)

C. Chan Loo; Setiausaha PMFTU

d)

D. John Thivy; Presiden MIC

7.

Diterbitkan oleh Ahmad Boestamam untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.


Apakah nama akhbar yang dimaksudkan di atas?

a)

A. Warta Malaya

b)

B. Majlis

c)

C. Suara Rakyat

d)

D. Utusan Melayu

8.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

A. Suara Rakyat

b)

B. Testament Politik API

c)

C. Perlembagaan Rakyat

d)

D. Hartal

9.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu?

a)

A. Biru dan kuning

b)

B. Merah dan kuning

c)

C. Biru dan putih

d)

D. Merah dan putih

10.

PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu

a)

A. semua peniaga harus menyewakan kedai

b)

B. semua peniaga harus menutup kedai

c)

C. semua peniaga harus pindah milik kedai

d)

D. semua peniaga harus membuka kedai untuk 24 jam

11.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi?

a)

A. Saranan AMCJA

b)

B. Saranan PUTERA

c)

C. Saranan UMNO

d)

D. Saranan PBB

12.

Apakah maksud dekolonisasi?

a)

A. Penjajahan semula

b)

B. Berkerajaan sendiri

c)

C. Penjajahan berterusan

d)

D. Latihan berkerajaan

13.

Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 (PTM) merupakan gabungan

I. Singapura

II. sembilan buah negeri Melayu

III. dua buah Negeri-negeri Selat

IV. tiga buah Negeri-negeri Selat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

14.

Siapakah yang mengetuai Kerajaan Persekutuan?

a)

A. Sultan

b)

B. Gabenor

c)

C. Perdana Menteri

d)

D. Pesuruhjaya Tinggi British

15.

Apakah peranan sultan di peringkat negeri?

a)

A. menguruskan hal kewangan

b)

B. mengesahkan rang undang-undang

c)

C. membantu Pesuruhjaya Tinggi British

d)

D. mengetuai ketenteraan

16.

Antara berikut, siapakah yang tertakluk kepada kewarganegaraan jus soli?

I. rakyat Raja

II. rakyat British

III. rakyat Singapura

IV. rakyat Sabah dan Sarawak

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

17.
  • Tingkah laku baik
  • Tiada rekod jenayah
  • Menguasai bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Taat kepada Persekutuan Tanah Melayu


Ciri-ciri di atas merujuk kepada kewarganegaraan secara

a)

A. pendaftaran

b)

B. kuat kuasa undang-undang

c)

C. jus soli

d)

D. automatik

18.

Rakyat Raja adalah dua golongan yang lahir dan tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan. Siapakah dua golongan yang dimaksudkan itu?


I. Orang India

II. Orang Cina

III. Orang Melayu

IV. Orang Asli

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

19.

Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir di


I. Melaka dan Pulau Pinang

II. Negeri-negeri Melayu

III. Singapura

IV. tanah jajahan British yang lain

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

20.

Berapa ramai Raja Melayu yang menganggotai Majlis Raja-Raja?

a)

A. 7

b)

B. 8

c)

C. 9

d)

D. 10

21.

MENGAPAKAH BRITISH MENGGANTIKAN MALAYAN UNION DENGAN PENTADBIRAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU?

a)

A. Ditolak oleh penduduk tempatan

b)

B. Kurang berkesan untuk pentadbiran

c)

C. Tidak melibatkan orang Melayu

d)

D. Melibatkan kos pentadbiran yang tinggi

22.

Bagaimanakah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan ?

a)

A. Gabungan beberapa buah daerah

b)

B. Gabungan beberapa buah negeri

c)

C. Jalinan beberapa kampung

d)

D. Cantuman beberapa unit jajahan

23.

Apakah gabungan dalam pembahagian sesebuah kerajaan persekutuan ?

I. Kampung

II. Mukim

III. Kerajaan Pusat

IV. Kerajaan Negeri

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

24.

Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja 1946?

I. Memastikan kedaulatan Raja-raja Melayu

II. Mengetatkan syarat kewarganegaraan

III. Memulihkan kedudukan ekonomi

IV. Mengeksport hasil temapatan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

25.

Mengapakan golongan nasionalis radikal membidas kerajaan British ?

a)

A. Mengutamakan pegawai British dalam pentadbiran

b)

B. Menggalakkan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu

c)

C. Menjalankan rundingan dengan UMNO sahaja

d)

D. Menghalang pemimpin tempatan dalam pentadbiran

26.

Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara berikut yang manakah faktor British menubuhan kerajaan tersebut ?


I. Tuntutan kemerdekaan daripada orang Melayu

II. Melaksanakan dasar dekolonisasi

III. Sokongan daripada pegawai tinggi British

IV. Dasar tidak bekerjasama terhadap kerajaan British

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

27.

Rajah berikut berkaitan ahli Jawatankuasa Kerja 1946

. Wakil Raja-raja Melayu

. Wakil X

. Wakil Kerajaan British


Siapakah X ?

a)

A. Rakyat

b)

B. UMNO

c)

C. Pembesar Melayu

d)

D. Negeri

28.

Mengapakah penubuhan Jawatankuasa Kerja ditentang oleh golongan radikal Melayu dan golongan bukan Melayu?

a)

A. Perkongsian kuasa dilaksanakan

b)

B. Negara persekutuan dibentuk

c)

C. Tidak mewakili semua pihak

d)

D. Kerakyatan jus soli diterima

29.

Siapakah pegawai British yang mendorong kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

A. Frank Swettenham

b)

B. George Maxwell

c)

C. Malcolm MacDonald

d)

D. Rees Williamns

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses dekolonisasi?

a)

A. Penguasan pasaran

b)

B. Peningkatan pelaburan

c)

C. Pemberian kemerdekaan

d)

D. Penubuhan pengkalan tentera

31.

Kejayaan menentang Malayan Union merupakan kejayaan orang Melayu menentang penjajajahn British. Mengapakah anda berpendapat sedemikian ?

a)

A. Orang Melayu sudah boleh berdikari dan berkerajaan sendiri

b)

B. Orang Melayu berjaya mendesak British mengambil kira kehendak mereka dalam perubahan politik di Tanah Melayu

c)

C. Orang Melayu telah berjaya memberi kesedaran kepada British supaya tidak berbuat sesuka hati

d)

D. Orang Melayu telah mendapat semula hak istimewa mereka sebagai peribumi

32.

Persepakatan di antara Raja-raja Melayu dan para pemimpin Melayu telah berjaya menghasilkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Perumpamaan yang sesuai untuk dikaitkan dengan persepakatan di atas ialah

a)

A. bagai aur dengan tebing

b)

B. seperti lebah mengumpul madunya

c)

C. bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya

d)

D. sehari slembar benang lama-lama menjadi kain

33.
  • Syarat kewarganegaraan secara jus soli
  • Kuasa raja turut tergugat


Rajah di atas berkaitan sebab pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Bagaimanakah orang Melayu menangani isu tersebut ?

a)

A. Membentuk jawatankuasa perundingan

b)

B. Mengukuhkan pertahanan negeri

c)

C. Memajukan ekonomi peribumi

d)

D. Mengadakan tunjuk perasan

34.

Mengapakah gabungan PUTERA-AMCJA ditubuhkan pada tahun 1947?

a)

A. Menentang Malayan Union

b)

B. Mengeratkan perpaduan kaum

c)

C. Memajukan pembangunan ekonomi

d)

D. Menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

35.

Antara berikut adalah wakil Raja-raja Melayu yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja 1946

I. Raja Kamarulzaman Raja Ngah Mansur

II. Dato Onn Jaafar

III. Tunku Abdul Rahman

IV. Dato Nik Ahmad Kamil Mahmud

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

36.

Antara berikut adalah cadangan Jawatankuasa Kerja 1946.

I. Menyatukan semua negeri Melayu

II. Memberi kemerdekaan

III. Menubuhkan jawatankuas khas

IV. Mengetatkan syarat kewarnegaraan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

37.

Golongan melayu radikal telah menerbitkan akhbar mereka Suara Rakyat bagi menentang Malayan Union. Sumbangan besar akhbar ini ialah

a)

A. semangat berkobar menentang Malayan Union

b)

B. menyeru bersatu padu

c)

C. membuka minda rakyat ke arah ingin bebas dan merdeka

d)

D. masyarakat mula memberontak

38.

PUTERA-AMCJA telah menganjurkan hartal pada 20 september 1947. Apakah yang dimaksudkan dengan hartal tersebut?

a)

A. Tunjuk perasaan

b)

B. Pemberontakan rakyat

c)

C. Mengangkat senjata

d)

D. Peniaga menutup kedai

39.

Mengapakah Dr Burhanuddin al Helmy menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

A. Memajukan ekonomi orang Melayu

b)

B. Menuntut konsep sebuah demokrasi

c)

C. Memberi kebebasan hak bersuara

d)

D. Memohon pentadbiran sepenuhnya

40.

Tokoh berikut ialah pegawai tinggi British yang berkhidmat di Tanah Melayu

  • Sir Edward Gent
  • Malcolm Mac Donald


Apakah persamaan sumbangan mereka semasa berkhidmat di Tanah Melayu ?

a)

A. Menggubal perlembagaan merdeka

b)

B. Memperkenalkan pembaharuan politik

c)

C. Menyertai pentadbiran Malayan Union

d)

D. Menyokong Persekutaun Tanah Melayu