wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting.2 Bab4: Keimunan

Total questions: 15

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Keimunan terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

Keimunan aktif

b)

Keimunan automatik

c)

Keimunan pasif

d)

Keimunan sendiri

2.

Pilih jawapan yang SALAH berkenaan imunisasi

a)

Terdapat jadual imunisasi untuk rakyat Malaysia

b)

Imunisasi ialah usaha memberi daya tahan penyakit kepada manusia

c)

Imunisasi boleh disuntik kepada bayi dan kanak-kanak

d)

Imunisasi menyebabkan semua manusia menjadi cacat

3.

Pilih 2 pernyataan yang BENAR tentang rajah di atas...

a)

diberikan hanya kepada orang dewasa yang sakit sahaja

b)

mengandungi patogen yang lemah

c)

tidak terdapat di Malaysia

d)

mengandungi antigen yang meransang penghasilan antibodi

4.

Penyakit di atas dikenali sebagai polio.


Penyakit polio tidak terdapat di Malaysia kerana rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengambil _______________

a)

MMR

b)

Vaksin

c)

Paracetamol

d)

Antibiotik

5.

Rajah menunjukkan fakta berkenaan vaksin HPV.


Pilih 2 pernyataan yang BETUL tentang vaksin HPV

a)

Menyebabkan seseorang perempuan datang haid

b)

Perlu diambil di hospital swasta dengan bayaran RM200

c)

Untuk mengurangkan risiko kanser serviks

d)

Diambil ketika perempuan berumur 13 tahun

6.

Penyakit yang dihadapi oleh bayi ini boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin MMR.


Apakah nama penyakit ini?

a)

Ruam

b)

Measles

c)

Tetanus

d)

Difteria

7.

Sudah sekian lama penyakit seperti measles, tuberculosis, polio dan difteria tiada di Malaysia. Akhir akhir ini penyakit ini kembali dijangkiti kepada rakyat Malaysia.


Pada pendapat anda, mengapakah penyakit ini kembali dijangkiti pada rakyat Malaysia?

a)

Rakyat Malaysia menganggap ilmu Sains tidak lagi penting dalam kehidupan

b)

Suntikan vaksin semakin mahal dan sukar untuk didapatkan

c)

Semakin banyak golongan AntiVaksin yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin

d)

Kurangnya pengetahuan berkenaan dengan ilmu vaksin

e)

Suntikan vaksin akan menyebabkan rakyat Malaysia menjadi cacat

8.

Keimunan boleh diperoleh melalui cara yang berikut...


Pilih 3 cara

a)

Susu ibu

b)

Cahaya matahari

c)

Suntikan vaksin

d)

Selepas sembuh daripada penyakit

9.

Pilih pernyataan yang SALAH berkenaan keimunan pasif semulajadi

a)

Suntikan vaksin secara percuma di hospital

b)

Bayi dapatkannya daripada susu ibu

c)

Fetus mendapatkannya daripada plasenta

d)

Bertahan sementara sahaja

10.

Antiserum disuntik ke dalam badan bagi memberi keimunan segera dan sementara kepada pesakit.


Keimunan ini dikenali sebagai keimunan........

a)

pasif semulajadi

b)

pasif buatan

c)

aktif buatan

d)

aktif semulajadi

11.

Tandakan 2 pernyataan yang betul tentang keimunan aktif semulajadi.

a)

Boleh diperoleh daripada susu ibu

b)

Terhasil selepas sembuh daripada penyakit

c)

Terima suntikan seawal kanak-kanak

d)

Keimunan berpanjangan selepas sembuh

12.

Graf menunjukkan satu keimunan selepas suntikan vaksin pertama dan suntikan vaksin kali kedua.


Nyatakan 3 situasi yang berlaku pada keimunan ini.

a)

Antigen pada patogen akan meransang penghasilan antibodi

b)

Suntikan vaksin kali kedua perlu untuk mencapai aras keimunan optimum

c)

Vaksin mengadungi patogen disuntik ke badan manusia

d)

Keimunan ini akan menurun dan sementara sahaja

13.

Pilih 3 punca keimunan menjadi lemah.

a)

Menerima suntikan vaksin

b)

Merokok

c)

Terdedah dengan pencemaran

d)

Tidak mengamalkan cara hidup sihat

14.

Nyatakan amalan yang SALAH bagi meningkatkan sistem keimunan badan.

a)

Tidur lewat setiap malam

b)

Beriadah dan bersenam setiap hari

c)

Melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital

d)

Makan makanan yang berkhasiat

15.

Anak Shuib terkena penyakit demam campak.


Walaupun anak Shuib dijangkiti demam campak, Shuib tidak lagi dijangkiti kerana pernah dijangkiti penyakit itu beberapa tahun yang lalu dan Shuib telah peroleh keimunan yang berpanjangan.


Apakah nama keimunan yang ada pada Shuib dan juga akan diperoleh anak Shuib selepas dia sembuh?

a)

Keimunan aktif buatan

b)

Keimunan aktif semulajadi

c)

Keimunan pasif buatan

d)

Keimunan pasif semulajadi