NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif ( Tahun 6 )
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
tinggi
panjang
pendek
rendah
“Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
Ikhlas
sopan
adil
amanah
Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
lebat
penuh
ketat
padat
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
kaku
riang
diam
nyenyak
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.
comel
ganas
gebu
tembam
Linda begitu ________dengan datuknya.
lucu
manja
lawak
manis
Pelari itu berlari dengan_______menuju ke garisan penamat.
kuat
cepat
pantas
deras
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _________ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Abang kelihatan ______ dengan pakaian seragam polisnya.
segak
cantik
comel
pintar
Pegawai hubungan awam syarikat itu melayan tetamu dengan___________.
rajin
berhati-hati
mesra
cermat
Pak Abu amat _________ dengan keluarga mangsa kemalangan itu.
bersimpati
bersedih
berduka
berdukacita
Tilam yang telah lama disimpan di dalam stor itu berbau _____
hanyir
hangit
haring
hapak
Biskut itu menjadi ____________ kerana adik tidak menutup tin biskut dengan baik.
lemau
garing
empuk
hangus
Saya berasa _________ sebelum naik ke pentas untuk memberi ucapan.
buruk
cemas
gemuruh
gemilang
Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu _______________.
cepat
kasar
gopoh
gelojoh
Pokok rambutan di belakang rumah saya telah tumbang akibat ditiup angin __________ petang semalam.
laju
cepat
lambat
kencang
Rasa buah jambu yang masih muda amat _____________ sekali.
kelat
maung
pahit
masam
