wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kata Kerja Terbitan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Melayu sepatutnya _____ dalam segala urusan rasmi dalam negara dan menjadi bahasa pengantar utama dalam kehidupan harian kita.

a)

menggunakan

b)

dipergunakan

c)

gunakan

d)

digunakan

2.

Segelintir rakyat Malaysia masih tidak _____ dan memahami kemampuan dan kewibawaan bahasa Melayu.

a)

menghargakan

b)

hargai

c)

menghargai

d)

dihargai

3.

Kursus bahasa Melayu sememangnya ______ di pelbagai negara sebagai bahasa kedua.

a)

diajar

b)

mengajar

c)

diajarkan

d)

mengajarkan

4.

Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa perlu _____ minat dan jati diri yang mendalam terhadap bahasa Melayu.

a)

tunjukkan

b)

ditunjukkan

c)

menunjukkan

d)

menunjuk

5.

Orang ramai perlu rajin _____ bahan bacaan dalam bahasa Melayu agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

a)

membacakan

b)

dibacakan

c)

terbaca

d)

membaca

6.

Semua rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk _____ kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a)

martabatkan

b)

memartabat

c)

memartabatkan

d)

dimartabatkan

7.

Guru Bahasa Melayu menggalakkan kami membaca majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk _____ lebih banyak kosa kata.

a)

menguasakan

b)

dikuasai

c)

menguasai

d)

berkuasa

8.

Dasar Bahasa Kebangsaan _____ oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

a)

dikenali

b)

diperkenalkan

c)

mengenali

d)

memperkenalkan

9.

Penggunaan bahasa yang baik _____ identiti bangsa.

a)

melambangkan

b)

dilambangkan

c)

melambang

d)

dilambang

10.

Kita harus berusaha untuk _____ persepsi masyarakat terhadap kemampuan bahasa Melayu berada di tempat rasmi dan pentas antarabangsa.

a)

membetul

b)

dibetulkan

c)

betulkan

d)

membetulkan