wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KARANGAN UMUM

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan jenis-jenis pendahuluan KECUALI

a)

Pendahuluan jenis definisi

b)

Pendahuluan jenis pendapat tokoh

c)

Pendahuluan jenis persoalan

d)

Pendahuluan jenis formula

2.

Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Fakta

b)

Peribahasa

c)

Lagu

d)

Puisi

3.

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Suasana

b)

Sejarah

c)

Umum

d)

Puisi

4.

Pilih contoh yang sesuai bagi pendahuluan jenis pendapat tokoh.

a)

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia.

b)

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut.

c)

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia.

d)

‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama.

5.

Pendahuluan jenis ini dimulakan dengan memberi maksud atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan.


Penyataan tersebut merujuk kepada pendahuluan jenis ...

a)

Pendapat tokoh

b)

Persoalan

c)

Sejarah

d)

Definisi

6.

Berikut merupakan fungsi pendahuluan dalam penulisan karangan KECUALI

a)

Menarik perhatian dan minat pembaca

b)

Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan

c)

Menghuraikan isi karangan

d)

Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

7.

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ?


Apakah jenis pendahuluan tersebut?

a)

Umum

b)

Persoalan

c)

Pendapat tokoh

d)

Fakta

8.

Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu,

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.


Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa.


Pendahuluan di atas merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Peribahasa

b)

Suasana

c)

Definisi

d)

Puisi

9.

Pendahuluan jenis ini memerlukan pelajar untuk menyatakan sejarah yang tepat dalam mengaitkan peristiwa sejarah tersebut dengan tajuk karangan. Apakah jenis pendahuluan tersebut?

a)

Fakta

b)

Sejarah

c)

Definisi

d)

Pendapat Tokoh

10.

Pendahuluan karangan terletak pada perenggan yang .....

a)

Kedua

b)

Keempat

c)

Pertama

d)

Ketiga