wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ MAKROEKONOMI

Total questions: 10

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut merupakan langkah untuk mengatasi imbangan pembayaran defisit, kecuali

a)

menaikkan nilai mata wang negara

b)

menaikkan tarif terhadap barang import

c)

memberi kredit terpilih kepada sektor eksport

d)

memberi subsidi eksport kepada pengeluar tempatan

2.

Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut sektor ekonomi pada tahun 2017 pada harga tetap pada tahun 2010. Berdasarkan data di bawah, nilai sumbangan sektor sekunder kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar ialah

a)

RM187 028 juta

b)

RM304 828 juta

c)

RM402 391 juta

d)

RM601 341 juta

3.

Kaedah nilai tambah dapat mengatasi masalah

a)

inflasi

b)

susut nilai

c)

terkurang nilai

d)

terlebih anggar

4.

Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM10 500 juta. Jika kerajaan meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM600 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.4, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

a)

RM9900 juta

b)

RM10 740 juta

c)

RM11 100 juta

d)

RM12 000 juta

5.

Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara.


Perbelanjaan penggunaan, C = 900 + 0.8Yd

Cukai, T = 200

Perbelanjaan kerajaan, G = 250

Pelaburan, I = 350


Sekiranya pendapatan negara guna tenaga penuh ialah RM7700, berapakah lompang deflasi?

a)

100

b)

150

c)

200

d)

250

6.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS) bagi sebuah ekonomi. Pendapatan negara meningkat dari Y₀ ke Y₁ disebabkan oleh

a)

pengurangan pelaburan awam

b)

peningkatan kos pengeluaran firma

c)

penemuan sumber bahan mentah baharu

d)

peningkatan cukai barang dan perkhidmatan

7.

Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan

a)

mengurus akaun bank perdagangan

b)

mengawal kestabilan bank perdagangan

c)

memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan

d)

mengendalikan pertukaran mata wang asing untuk bank perdagangan

8.

Teori Kuantiti Wang Fisher mengatakan bahawa

a)

jumlah urusniaga bergantung pada tingkat guna tenaga

b)

halaju pusingan wang menurun apabila berlaku kemelesetan ekonomi

c)

pertambahan permintaan wang akan menyebabkan kenaikan harga umum

d)

pertambahan bekalan wang akan menyebabkan kenaikan harga dengan kadar yang sama

9.

Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM10 000, halaju pusingan wang ialah 8, dan keluaran negara ialah 20 000 unit.Jika penawaran wang bertambah sebanyak RM5000, maka harga akan

a)

merosot sebanyak RM2.00

b)

merosot sebanyak RM6.00

c)

meningkat sebanyak RM2.00

d)

meningkat sebanyak RM6.00

10.

Pembelian sesuatu barang secara kredit dapat dilakukan kerana wang berfungsi sebagai

a)

pengukur nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran