wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Istana

Total questions: 12

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Sultan Melaka tidak menghadiri majlis itu kerana _____________ gering.

a)

beta

b)

beliau

c)

hamba

d)

baginda

2.

“ _____________ hendak berangkat melawat mangsa-mangsa banjir sekarang juga,” titah sultan secara tegas.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

3.

“Jika tuanku telah berkenan, bolehlah ____________ persembahkan hal itu kepada Laksamana Hang Tuah,” kata Bendahara Tun Perak.

a)

beta

b)

tuan hamba

c)

patik

d)

tuanku

4.

Kata dayang kepada Permaisuri. “ Ampunkan ___________, tuanku, kerana cuai sewaktu melaksanakan perintah tuanku.”

a)

saya

b)

patik

c)

hamba

d)

beta

5.

“Patik menjunjung perintah, ______________,” kata Hang Tuah kepada sultan Melaka.

a)

hamba

b)

baginda

c)

tuanku

d)

kalian

6.

“Biarlah __________ menentang Hang Jebat yang derhaka itu,” kata Hang Tuah kepada Bendahara Tun Perak.

a)

saya

b)

hamba

c)

kita

d)

patik

7.

“____________ akan mempertimbangkan semasak-masaknya permintaan pedagang dari Arab itu,” kata Sultan Melaka.

a)

Beta

b)

Hamba

c)

Patik

d)

Baginda

8.

“Benarkah ____________ akan mengiringi _________ berburu pada hujung purnama ini?” tanya Hang Jebat kepada Hang Tuah.

a)

patik … beta

b)

hamba … tuanku

c)

kalian … tuan hamba

d)

tuan hamba … baginda

9.

“Bukankah sudah hamba nasihatkan tetapi ____________ berdegil,” ujar Tun Perak kepada Tun Mutahir.

a)

patik

b)

tuanku

c)

hamba

d)

tuan hamba

10.

“____________ fikir, eloklah kita berehat di bawah pohon sena nan rendang itu,” kata Hang Tuah kepada Hang Lekir.

a)

Baginda

b)

Patik

c)

Beta

d)

Hamba

11.

“Ampun _________, ________ bersedia menjunjung titah perintah,” kata Laksamana Tuah kepada Sultan Mansur.

a)

tuanku … beta

b)

tuanku … patik

c)

patik … beta

d)

tuan hamba … hamba

12.

“Mengapakah anakanda menangis? Katakanlah kepada ____________,” kata permaisuri kepada puteri bongsunya.

a)

hamba

b)

ayahanda

c)

bonda

d)

beta