WorksheetsPERIBAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.
A iri hati
B jatuh hati
C jauh hati
D berat hati
Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.
A kaki ayam
B kaki botol
C kaki bangku
D kaki judi
Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud
Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.
Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.
Seseorang yang mengalami kerisauan.
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidak mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air di dalam keladi.
Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.
Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Nyatakan peribahasa yang bermaksud seseorang yang selalu disisihkan.
Anak buah
Anak emas
Dianaktirikan
Anak tunggal
Peribahasa yang menyebut ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bermaksud
sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh
kalau tidak kerana pertolongannya, sudah tentu dia tidak akan berjaya
seseorang perlu bertindak waras
seseorang anak sedikit sebanyak akan mengikut jejak ibu bapanya
Alah bisa tegal biasa bermaksud
Sesukar mana sesuatu masalah, jika dilakukan setiap hari, hal itu akan menjadi mudah dan biasa
Perbuatan yang sia-sia
Setiap perbuatan pasti ada balasannya
hal yang sukar perlu diberi keutamaan untuk menyelesaikannya
Peribahasa yang bermaksud,membeli barang yang mahal, bermutu, baik dan tahan lama ialah
Alang-alang mandi biar basah
Alah bisa, tegal biasa
Alah membeli menang memakai
Air digenggam tiada tiris
Radio yang rosak itu tidak dapat digunakan lagi setelah Abu cuba membaikinya
Seperti pahat dengan tukul
Seperti tikus membaiki labu
Seperti buku dengan ruas
Seperti minyak dengan air
Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
A tulang belakang
B mata keranjang
C teman hidup
D orang dalam
Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama dijinjing
Menghadapi susah dan senang bersama-sama
Yang berat sama dibuat, yang ringan dibiarkan
Menghadapi kesusahan semasa senang
Kawan yang susah, senang dicari
Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
bagai dihiris sembilu
bagai murai tercabut ekor
bagai menarik rambut di dalam tepung
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
