wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS TING 5 : PENG.HADIS ( Berpegang Dengan Quran & Sunnah )

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan hadis " Berpegang dengan al-Quran dan As-Sunnah "

Apakah maksud " أَمْرَيْنِ "

a)

Dua Perkara

b)

Al-Quran

c)

As-Sunnah

d)

Al-Quran dan As-Sunnah

2.

Antara sebab perlu berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah ialah

a)

Mengelakkan perselisihan pendapat dikalangan umat Islam

b)

Al-Quran adalah kitab terakhir diturunkan kepada Rasulullah

c)

Menggalakkan manusia membaca al-Quran

3.

Pilih penyataan yang betul mengenai kitab samawi

a)

Taurat diturunkan kepada nabi Isa AS

b)

Injil diturunkan kepada nabi Musa AS

c)

Zabur diturunkan kepada nabi Daud AS

4.

Pilih kaedah penyelesaian masalahmenurut al-Quran & as-Sunnah yang betul

a)

التَرْهِيْب = Ancaman

b)

التَرْغِيْب = Teguran

c)

الشُوْرِى = Perdebatan

d)

العَذَابْ = Penyerahan

5.

Pilih kenyataan yang betul

a)

التَرْهِيْب : Menggalakkan manusia berlumba-lumba buat kebaikan

b)

التَرْغِيْب : Mengingatkan manusia supaya berhati-hati dengan perkara buruk

c)

التَوَكَّل : Menyandarkan harapan kepada Allah

6.

Contoh amalan yang bertentangan dengan al-Quran dan As-sunnah

a)

Ibadah : Menunaikan haji di Mekah

b)

Akhlak : Menghina Al-Quran

c)

Muamalat : Minum arak

7.

Akibat tidak berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah

a)

Tidak mendapat petunjuk Allah

b)

Tidak mendapat pertolongan dari masyarakat sekeliling

c)

Tidak dimurahkan rezki kerana ingkar dengan ajaran Quran

8.

Kelebihan Al-Quran berbanding kitab samawi yang lain

a)

Syariatnya untuk semasa hayat seseorang rasul sahaja

b)

Mukjizat yang masih kekal hingga sekarang

c)

Kandungannya telah diubah

9.

" Berhujjah bagi menegakkan sesuatu kebenaran "


pilih istilah yang sesuai dengan penyataan di atas

a)

الشُوْرَى

b)

المَوْعِظَة الحَسَنَة

c)

المُجَادَلَة بالاإِحْسَان

10.

Pilih pengajaran hadis yang betul

a)

Umat Islam hendaklah menjadikan al-quran dan as-sunnah sebagai dustur hidup

b)

Allah sangat suka kepada hamba-hambaNya bersyukur

c)

Kita hendaklah menghargai nikmat kesihatan