wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMK SU B3 F5

Total questions: 49

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke 17 dan abad ke 18.

Tahun 1688 : Revolusi Inggeris

Tahun 1789 : Revolusi Perancis


Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

System sosialis tamat

b)

Ideology komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

2.

Konsep negara moden di Eropah tercetus pada abad ke-18 dan abad ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.

Apakah asas konsep negara Eropah pada ketika itu?

a)

Pengekalan sistem feudal

b)

Persamaan rumpun bangsa

c)

Pembentukan empayar

d)

Pemulihan agama

3.

Negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20.

  • Poland
  • Yugoslavia
  • Czechoslovakia


Kemunculan negara-negara tersebut adalah berdasarkan

a)

lokasi strategik

b)

kumpulan etnik

c)

sistem perundangan

d)

kekayaan hasil bumi

4.

Count Camillo Benso di Cavour (Itali) dan Otto Eduard von Bismarck (Jerman) menggunakan pendekatan realpolitik untuk membina negara bangsa masing-masing pada abad ke-19.

Bagaimanakah mereka menggunakan pendekatan realpolitik?

a)

Melancarkan peperangan

b)

Mengemaskini undang-undang

c)

Mengawal institusi agama

d)

Menggubal perlembagaan negara

5.

Tokoh berikut telah berjaya menyatukan negara masing-masing pada abad ke-19.

  • Count Camillo Bensor di Cavour – Itali
  • Otto Eduard von Bismarck – Jerman


Bagaimanakah mereka berjaya melakukan penyatuan tersebut?

a)

Mewujudkan pakatan strategic

b)

Menyekat pengaruh agama

c)

Mengamalkan realpolitik

d)

Melaksanakan sistem perundingan

6.

Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik?

a)

Kestabilan politik terjamin

b)

Kejayaan menyatukan Itali

c)

Kerjasama dengan negara lain

d)

Kemakmuran ekonomi negara

7.

Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866?

a)

Pertukaran wilayah

b)

Arahan Liga Bangsa

c)

Kekalahan dalam peperangan

d)

Kerjasama menewaskan Austria

8.

· 1864 -Perang dengan Denmark

· 1866 -Perang dengan Austria

· 1870- Perang dengan Perancis


Senarai di atas menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman. Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Kediktatoran pemerintah

9.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

10.

Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah kesan deklarasi tersebut terhadap Eropah?

a)

Sistem beraja dipulihkan

b)

Kuasa gereja diperkukuh

c)

Negara bangsa baharu muncul

d)

Pakatan tentera serantau dibentuk

11.

Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

a)

Kesetiaan rakyat

b)

Kegiatan ekonomi

c)

Konsep ketuhanan

d)

Kekayaan hasil bumi

12.

Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi

a)

agama

b)

adat resam

c)

bahasa

d)

kegiatan ekonomi

13.

Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Rakyat

b)

Kerajaan

c)

Pembesar

d)

Kedaulatan

14.

Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.

· Persamaan adat resam

· Persamaan bidang kesenian

· X

Apakah X ?

a)

Persamaan pandangan dunia

b)

Persamaan bahasa pertuturan

c)

Persamaan sistem kepercayaan

d)

Persamaan dasar pemerintahan

15.

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ?

a)

Desakan kumpulan radikal

b)

Pemimpin dan rakyat bermuafakat

c)

Semangat toleransi menjadi amalan

d)

Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

16.

Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Memastikan sistem warisan terpelihara

c)

Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja

d)

Mempertahan sistem perundangan tempatan

17.

Gambar berikut adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British.

Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor ?

a)

Menyatupadukan pelbagai kaum

b)

Menggubal perlembagaan bertulis

c)

Menyekat kemasukan buruh asing

d)

Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran

18.

· Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895)

· Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (1911)

Mengapakah undang-undang tersebut digubal?

a)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

b)

Membentuk pentadbiran demokratik

c)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

d)

Mengekalkan kedaulatan negeri

19.

Maklumat berikut merujuk perlembagaan kerajaan Melayu.

  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895)
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (1911)

Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut?

a)

Kuasa rakyat

b)

Pewaris takhta

c)

Tugas Jemaah Menteri

d)

Pelantikan penasihat kewanngan

20.

Majlis Negeri ditubuhkan di negeri Johor pada abad ke 19.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895, apakah syarat untuk menjadi ahli badan tersebut?

a)

Kerabat raja yang memerintah

b)

Keturunan bangsawan

c)

Beragama Islam

d)

Bangsa Melayu

21.

Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan?

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan negeri

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Mengukuhkan hubungan dengan Siam

22.

Rajah berikut berkaitan dengan fasal yang terkandung dalam perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.


Mengapakah perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh tersebut diperkenalkan?

a)

Menghalang perluasan kuasa asing

b)

Menyekat penghijrahan penduduk

c)

Melindungi hak penduduk tempatan

d)

Menyeragamkan sistem kutipan cukai

23.

Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad I (1836-1886).

  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri


Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut?

a)

Menguruskan pembangunan

b)

Menjaga hal ehwal luar

c)

Mengurus kewangan

d)

Menjaga keamanan

24.

Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan.

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak


Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

a)

Teokrasi

b)

Demokrasi

c)

Autokrasi

d)

Birokrasi

25.

Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak

Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan

a)

protokol istana

b)

upacara perkahwinan

c)

menyambut kelahiran

d)

pemilihan pemimpin

26.

Seandainya anda adalah seorang Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah dalam Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Apakah masalah khusus yang menjadi rujukan rakyat kepada anda?

a)

Berkaitan dengan adat

b)

Pemilihan individu yang layak untuk menjadi undang

c)

Persoalan mengenai kedudukan hierarki pemerintah

d)

Berkaitan dengan waris Sultan

27.

Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Menasihati Undang

b)

Memimpin Suku

c)

Mengetuai Perut

d)

Melantik Lembaga

28.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

29.

Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?

a)

Masalah diselesaikan secara musyawarah

b)

Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan

c)

Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran

d)

Ketua dipilih dari peringkat bawah

30.

Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.

Bulat anak buah menjadi buapak

Bulat buapak menjadi lembaga

Bulat menjadi penghulu

Bulat penghulu mejadi raja


Mengapakah perkataan bulat dalam kata perbilangan adat di atas diulang-ulang?

a)

Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak

b)

Mengekalkan khazanah budaya bangsa

c)

Menegakkan keadilan dalam kehidupan

d)

Menegaskan kepentingan permuafakatan

31.

Maklumat berikut berkenaan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke17 dan abad ke18.


* 1688 - Revolusi Inggeris

*1789 - Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Sistem sosialis taman

b)

Ideologi komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

32.

Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut?

*Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

*Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

a)

Peranan mufti

b)

Pewaris sultan

c)

Tugas penasihat

d)

Keselamatan sultan

33.

Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke - 19.

Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?

a)

Realpolitik

b)

Perjanjian

c)

Perundingan damai

d)

Kuat kuasa undang-undang

34.

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19. Apakah persamaan pmbentukan negara bangsa Jerman dan Itali?

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

35.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

36.

Rajah berikut menerangkan taktik Bismarck untuk mencetuskan peperangan.

Apakah matlamat beliau berbuat demikian?

a)

Menimbulkan kebencian kuasa asing

b)

Membangkitkan semangat rakyat

c)

Menyatukan Jerman

d)

Mendapatkan sokongan rakyat

37.

Apakah peristiwa yang menjadi titik tolak pembentukan negara bangsa di Madinah?

a)

Penerimaan agama Islam

b)

Penyingkiran kaum Yahudi

c)

Peperangan dengan Quraisy

d)

Penggubalan Piagam Madinah

38.

Sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan melalui?

a)

Kesetian rakyat

b)

Sungai

c)

Laut

d)

Jajahan takluk

39.

Orang Melayu merujuk Kerajaan sebagai?

a)

Kawasan

b)

Negeri

c)

Kerajaan

40.

Perang Dunia Pertama 1914 - 1918 berakhir dengan kekalahan?

a)

Jerman

b)

Amerika Syarikat

c)

British

d)

Perancis

41.

Siapakah pengasas realpolitik?

a)

Niccolo Machiavelli

b)

The prince

c)

Otto Eduard Von Bismark

d)

Count Camilio Benso Di Cavour

42.

Count Camilio Benso Di Cavour telah bekerja dengan siapa untuk mengalahkan Austria?

a)

Napoleon III

b)

Napoleon

c)

Napoleon Bonaparte

d)

Napileon II

43.

Negara ialah wilayah yang mempunyai ciri berikut KECUALI?

a)

Penduduk

b)

Pemerintah

c)

Sempadan

d)

Kesetiaan rakyat

44.

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari aspek berikut KECUALI?

a)

Pengalaman sejarah

b)

Warna kulit

c)

Bahasa

d)

Adat resam

45.

Perlembagaan di Malaysia ialah berbentuk?

a)

Bertulis

b)

Tidak bertulis

46.

Buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin dikarang oleh?

a)

Tun Sri Lanang

b)

Tun Habib

c)

Tun Perak

d)

Raja Haji Ali

47.

Wilayah pengaruh Melaka sehingga?

a)

Timur Sumatera

b)

Barat Sumatera

c)

Utara Sumatera

d)

Selatan Sumatera

48.

Berikut merupakan alat kebesaran diraja KECUALI?

a)

Tengkolok

b)

Pending diraja

c)

Kalung

d)

Lembing Manjakani

49.

Hukum Kanun Melaka mempunyai berapa fasal?

a)

40

b)

41

c)

42

d)

44