WorksheetsBahasa Melayu - Kata Hubung
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Tutup kuih itu dengan tudung saji _______ tidak dihinggapi lalat.
kerana
supaya
tetapi
lalu
Alias menulis karangan ________ mendengar radio.
lalu
sambil
tetapi
dan
_________ menyeterika baju, Anis menonton televisyen.
Apabila
Jika
Sambil
Kerana
Gopal memotong seketul kuih __________ memakannya.
sambil
lalu
kerana
dan
Zali menulis karangan ________ Zana mengulang kaji pelajaran.
dan
kerana
sambil
manakala
Adik enggan makan ubat ________ dia demam.
hingga
walaupun
lalu
apabila
Walau berhari-hari pasukan pengakap itu meredah hutan ________ semangat jati diri mereka tidak terjejas.
lalu
walhal
seraya
namun
Ah Lim bercita-cita menjadi peguam _________ dewasa nanti.
agar
apabila
hingga
walaupun
_______ aktif dalam sukan, Siva tetap mengutamakan pelajarannya.
Walaupun
Tatkala
Semenjak
Setelah
Rashid masih mencuri di kelasnya _________ gurunya sudah beberapa kali menghukumnya.
namun
tetapi
manakala
walhal
Budak itu menangis __________ ditinggalkan ibunya.
oleh
supaya
kerana
sambil
Fatimah membuat keputusan tidak akan hadir di majlis perjumpaan itu __________ dijemput oleh pengurusnya.
namun
sejak
tatkala
meskipun
Azmin melonjak kegembiraan _________ lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
supaya
agar
kerana
jika
Razif tidak sombong __________ dia anak seorang hartawan.
dan
walaupun
ataupun
kecuali
Ranjit menuntun basikalnya pulang ke rumah _________ tayarnya pancit.
jika
atau
kerana
sambil
Guru itu sering dipuji _________ rajin berkerja.
atau
jika
agar
kerana
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah _________ baik hati.
dan
tetapi
manakala
walaupun
Rumainah bersorak terlalu kuat _________ suaranya serak.
hingga
tatkala
setelah
supaya
Pencuri memasuki rumah itu _____________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
agar
ketika
hingga
setelah
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ___________ bulan hadapan ?
dan
lalu
atau
maka
Din mengambil surat itu ___________ menyerahkannya kepada Rajoo.
lalu
agar
maka
kerana
Charles lulus ujian itu _________ adiknya gagal.
dan
serta
tetapi
malahan
Zamzarina berkata-kata _________ merenung wajah temannya.
kerana
sambil
maka
lalu
Farzana ________ Mei Huasangat gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.
lalu
dan
tetapi
walhal
__________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
Semasa
Setelah
Supaya
Sementara
Keluarga Chong Wei mungkin berpindah ke Johor ________ ke Melaka.
dan
lalu
atau
agar
Encik Sulaiman berdoa ___________ keluarganya sentiasa sihat.
untuk
jikalau
bahawa
semoga
________ pegawai kastam membuat pemeriksaan, barang seludup itu tiada padanya.
Semoga
Sewaktu
Supaya
Setelah
Encik Lim menebas semak-samun __________ isterinya menyapu sampah.
apabila
manakala
walaupun
sedangkan
Halim tetap dengan pendiriannya untuk berhijrah ke bandar __________ ditentang oleh ibunya.
sementara
walaupun
sejak
agar
Hamid tidak datang ke sekolah ________ minggu lepas.
semenjak
sewaktu
kerana
selagi
Murid-murid beratur ________ menaiki bas.
ketika
setelah
semenjak
sementara
Landskap itu dibina oleh guru-guru, ibu bapa _________ murid-murid sekolah itu.
lalu
maka
serta
atau
_________ menonton drama lucu itu, mereka ketawa berdekah-dekah.
Apabila
Kerana
Sambil
Semasa
Izzudin masuk ke kelas __________ Cikgu Norman sedang mengajar.
sementara
malahan
tatkala
sambil
Makanlah makanan yang berkhasiat _________ badan kamu sentiasa cergas.
jika
sejak
kerana
supaya
Tetamu itu bangun _________ turun ke serambi.
dan
lalu
maka
setelah
Manjeet berkata __________ dia pasti akan mengikuti rombongan sambil belajar.
bahawa
seraya
maka
agar
Ibu tua itu memeluk anaknya __________ membelai rambutnya.
serta
walhal
malahan
kendatipun
Pak Mat mengumpul nira ________ dibuat manisan dan tuak.
setelah
semasa
untuk
bagi
