Font size
WorksheetsPemahaman Bahasa Melayu Set 2
Total questions: 17
Worksheet time: 21mins
“Hatiku sedih setiap kali aku mengenangkan nasib_____________ sekeluarga,” kata Yong Yi kepada kawan baiknya itu.
kita
anda
dikau
kalian
“Teratak usang keluarga __________ terletak di hujung Kampung Ulu Yan,” jelas Hang
Labu kepada Pandak Pandir.
beta
patik
hamba
tuanku
Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _______________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.
menarik
melabuh
membuka
membongkar
Cikgu Wong ______________Persatuan Bahasa Melayu SJKC Keong Hoe dengan sokongan para ahli.
menjalankan
menggerakkan
mempopularkan
menyatupadukan
Apabila saya sudah bekerja __________ , jasa dan pengorbanan kedua-dua orang tua pastinya tidak akan saya lupakan.
kelak
seketika
mungkin
sememangnya
Pak Cik Dollah terpaksa _____________ reban ayamnya kerana anak-anak ayam kampung yang diternaknya bertambah dari hari ke hari.
terbesar
kebesaran
memperbesar
memperbesarkan
Wajah Wah Jun nampak ____________ tatkala menghayati cerita yang dibacanya itu sambil duduk di atas buaian.
ceria
hebat
manis
bersih
Air sungai itu semakin hari semakin _____________ kerana banyak bahan buangan dan sampah sarap mendap di dasarnya.
lesu
deras
jernih
dangkal
Semua sekolah di daerah Manjung diumumkan cuti pada hari itu kerana ______________ kawasan mengalami jerebu tahap kualiti udara tidak sihat.
seluruh
separuh
setengah
segelintir
Pegawai renjer menjadi pemandu arah kepada Pasukan Kembara Rimba kerana mereka lebih ___________________
hutan simpan itu.
selok-belok
lekak-lekuk
simpang-siur
semak-samun
Encik Hamid dan anaknya membawa _____________ buntil yang berisi dokumen penting semasa mengharungi banjir untuk berpindah.
sehelai
sebuah
segulung
senaskhah
________________ Galeri Seni dan Budaya yang baharu dibina di Bandar Putra itu berkonsepkan seni bina Minangkabau.
Kaki lima
Paras rupa
Susun atur
Reka bentuk
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut
pundi kacang ke dalam bakul.
II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan
pengerusi belia di kampungnya.
III Penulis itu berjaya merebut hati para pembaca dengan
gaya bahasanya yang indah.
IV Anuar ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia
yang pernah dimenangi dahulu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Delegasi Korea itu amat terpegun melihat hasil kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung.
“Aduh, kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung sangat asli sekali!” kata delegasi Korea itu.
“Wah, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung amat hebat!” kata delegasi Korea itu.
“Aduhai, kraf tangan tradisional orang Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung baik sungguh!” kata delegasi Korea itu.
“Eh, keaslian kraf tangan tradisional Melayu seperti wau, tikar mengkuang, dan labu sayung sukar dihasilkan!” kata delegasi Korea itu.
Pilih ayat yang betul.
Buku-buku nota Bahasa Melayu Penulisan UPSR itu tebal-tebal belaka.
Puan Dewi membeli pelbagai jenis kuih-muih untuk sarapan pagi keluarganya.
Kita akan memperoleh banyak ilmu pengetahuan jika kita rajin ke perpustakaan.
Kedua orang anak perempuannya menjadi doktor pakar bedah di Hospital Assunta.
Pilih ayat yang betul.
I Kenduri selamat ini diadakan bagi menyambut
kepulangan adik dari luar negara.
II Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding
dengan harga ikan-ikan yang lain.
III Nur Arisha menerima sejambak bunga-bungaan
daripada tunangnya yang tersayang.
IV Di negara kita tidak dibenarkan memperjualbelikan
barangan terlarang seperti candu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
akan , untuk , kepada , dengan
pada , dalam , tentang , semenjak
Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat berilmu pengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ________________media massa ______________rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat negara ini didedahkan ___________________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan ______________ mencapai Wawasan 2020.
(a)
