wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Tayar basikal adik _____________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

2.

Shukri rindu _____________ ibunya di kampung.

a)

akan

b)

dengan

c)

kepada

d)

terhadap

3.

Bendera Malaysia itu ________________ ditiup angin.

a)

berlambai-lambai

b)

bergoyang-goyang

c)

berlenggok-lenggok

d)

berkibar-kibar

4.

Kakak pulang awal pada hari ini kerana dia hanya bekerja _____________ hari.

a)

sesetengah

b)

semua

c)

setengah

d)

segala

5.

Pasukan _____________ dari Malaysia telah berlepas ke negara jiran untuk membantu mangsa gempa bumi.

a)

karyawan

b)

sukarelawan

c)

cendekiawan

d)

negarawan

6.

Semua pekerja bersedih atas peletakan jawatan ketua syarikat itu kerana ____________ seorang yang baik hati.

a)

beliau

b)

dia

c)

kalian

d)

baginda

7.

Pejalan-pejalan kaki itu terpaksa mencari tempat ________________ kerana hujan lebat.

a)

bersembunyi

b)

bermalam

c)

berkeliaran

d)

berteduh

8.

Pilih tiga ayat yang betul?

a)

Dia tidak pernah meminta belas kasihan orang lain walaupun keluarganya miskin.

b)

keledek yang direbuskan oleh kakak masih belum empuk.

c)

Saya belajar menjahit daripada ibu.

d)

Ibu risau akan ayah yang masih belum pulang lagi.

9.

Pilih dua ayat yang betul?

a)

Bagaimanakah kita dilarang membuang sampah di tempat itu?

b)

Siapakah budak perempuan yang berbaju kurung merah itu?

c)

Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

d)

Apakah nama murid itu?

10.

Ayah telah ____________ seutas rantai emas untuk ibu.

a)

menghadiahnya

b)

menghadiahi

c)

menghadiahkan

d)

menghadiah