wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM tahun 6

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

‘’ _________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba!’’ titah Tuanku Muadzam dengan murka.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Baginda

2.

Kassim ___________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.

a)

menolak

b)

menyepak

c)

menggelecek

d)

memegang

3.

Beberapa ekor burung murai _______ di atas dahan pokok di belakang rumah Amran.

a)

berdesir

b)

berkokok

c)

berkicau

d)

bersiul

4.

Ali dan Abu __________ sambil minum petang di anjung rumah.

a)

bertitah

b)

begurau

c)

berfikir

d)

bersembang

5.

Pak Samad __________ basikalnya ketika menuruni bukit yang curam itu.

a)

menonton

b)

memegang

c)

mengheret

d)

menuntun

6.

Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan ___________kerana jalan sesak.

a)

lancar

b)

perlahan

c)

lajak

d)

cermat

7.

Pak Abu menggunakan ____________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat tabung yang diminta anaknya.

a)

sepucuk

b)

sebatang

c)

sebilah

d)

selaras

8.

Kamil dan rakannya sedang mengait beberapa ______________ buah rambutan dengan sebatang galah.

a)

ikat

b)

gugus

c)

cekak

d)

tangkai

9.

Tulisan Zaim seperti ____________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.

a)

kaki ayam

b)

cakar ayam

c)

ayam tambatan

d)

berat mulut

10.

Mak Cik Esah _____________ melihat barang permainan anaknya yang berselerak di ruang tamu.

a)

sakit mata

b)

putih mata

c)

sengkang mata

d)

main mata

11.

Puan Salwa bersetuju ______________ harga beg tangan yang ditawarkan oleh peniaga itu.

a)

dengan

b)

kepada

c)

daripada

d)

untuk

12.

Nahas (kemalangan) helikopter itu telah____________ juruterbang dan penumpang yang dipercayai berpunca daripada kerosakan enjinnya.

a)

mengorbankan

b)

mematikan

c)

memusnahkan

d)

menguburkan

13.

Ayah telah ________________ sebentuk cincin kepada ibu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

dihadiahi

b)

menghadiahi

c)

menghadiahkan

d)

dihadiahkan

14.

I Cuaca buruk menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan


II Rumah yang buruk itu kelihatan baharu setelah dicat semula.


III Menjual besi buruk juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.


IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya buruk.

a)

I dan III

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

I, II, III dan IV

15.

I Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang kejam itu.


II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu manahan sebuah teksi.


III Bekalan makanan untuk mangsa banjir intu menahan untuk seminggu.


IV Ayah menahan pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Pilih jawapan sesuai bagi ayat tanya dibawah.


Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam?

a)

Saya gemar mengung kaji pelajaran di bilik bacaan.

b)

Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu,

c)

Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

d)

Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.