NEW
Font size
WorksheetsTUMBUHAN SEMULAJADI DAN HAIWAN LIAR
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?
I Bentuk muka bumi
II Saliran
III Luluhhawa
IV Geomorfologi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Berikut merupakan jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kecuali
A. tanah tinggi
B. tanah pamah
C. muara sungai
D. pinggir laut
Salah satu contoh hidupan liar di kawasan bersaliran baik ialah......
A. biawak
B. burung shoebill
C. harimau
D. buaya
Apakah maksud tanih aridisols?
A. Tanih yang kering dan tandus
B. Tanih yang berpasir, liat dan lembap
C. Tanih yang nipis, berasid dan beku
D. Tanih yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput
Jenis tanih apakah yang menggalakkan pertumbuhan Hutan Mediterranean?
A. Tanih latosol
B. Tanih podzol
C. Tanih terra rossa
D. Tanih permafrost
Berikut adalah contoh tumbuh-tumbuhan bagi iklim
*Pokok caper
*Rumput alfalfa
A. Gurun Panas
B. Monsun Tropika
C. Siberia
D. Laurentia
Antara contoh hidupan liar di kawasan iklim Siberia ialah
I badak sumbu
II gajah
III harimau Siberia
IV beruang kutub
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan tanih di kawasan Gurun Panas?
A. Tanih kering dan tandus
B. Tanih yang nipis, berasid dan beku
C. Campuran tanah liat dan berpasir
D. Tanih berpasir, liat atau lembap
Tanih podzol yang nipis dan dan beku di bawahnya menyebabkan.............
A. hidupan liar di Gurun Panas kurang aktif terutama pada siang hari
B. hidupan liar mudah bergerak mencari makanan
C. menjadi habitat pelbagai jenis hidupan liar
D. hanya tumbuhan yang mempunyai akar yang panjang sahaja mampu hidup
Berikut adalah contoh hidupan liar yang terdapat di iklim ........................
*Beaver
*Burung angsa
*Wood duck
A. Laurentia
B. Siberia
C. Monsun Tropika
D. Gurun Panas
Antara berikut, yang manakah merupakan hidupan liar di Malaysia?
I Itik
II Ketam
III Enggang
IV Seladang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Berdasarkan rajah, X merujuk kepada
A. Ular
B. Ayam
C. Ulat beluncas
D. Pokok jagung
Akta Perhutanan Negara 1984 diwujudkan untuk
A. mewartakan hutan simpan
B. menanam semula hutan yang ditebang
C. memberikan pendidikan konservasi hutan
D. mengehadkan kegiatan petanian pindah
Antara yang berikut, apakah sumbangan kegiatan ekopelancongan terhadap pembangunan negara?
I Menyediakan peluang pekerjaan
II Meningkatkan prasarana infrastuktur
III Kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar
IV Meningkatkan imej negara oleh masyarakat antarabangsa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya kejadian seperti di bawah?
*Proses fotosintesis terganggu
*Ketidakseimbangan ekosistem
*Kejadian banjir
A. Pertanian
B. Pembalakan
C. Pelancongan
D. Perlombongan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan daripada penggunaan racun serangga dalam aktiviti pertanian?
I Hakisan tanih
II Perubahan landskap
III Pencemaran air
IV Keasidan tanih meningkat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara yang berikut, kombinasi yang manakah benar?
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara yang berikut, agensi yang manakah menjalankan kempen di bawah?
A. WWF
B. JAS
C. FRIM
D. PERHILITAN
Apakah tujuan kerajaan menjalankan pengurusan hutan seperti di bawah?
A. Rekreasi
B. Mewujudkan estet hutan
C. Menjamin bekalan kayu balak
D. Mengelakkan pembaziran sumber hutan
Apakah maksud kawasan bersaliran baik?
A. Kawasan yan tidak bertakung air
B. Kawasan yang sering ditenggelami air
C. Kawasan pinggir laut yang berlumpur
D. Kawasan mempunyai sungai mengalir perlahan
