NEW
Font size
WorksheetsLatihan BM Bahagian A
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui_________ yang diwujudkan", kata wakil rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
sumbangan
derma
dana
simpanan
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan_____ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
melempangkan
menegakkan
mendirikan
menegapkan
Dompet itu diperbuat____________ kulit ikan pari.
dari
daripada
pada
oleh
"Titah perintah tuanku terjunjung di atas batu jemala______________”kata syeikh Shamsuddin kepada Sultan Mansur Syah.
baginda
hamba
patik
beta
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.
I Katanya yang pekat itu menggores hatiku.
II Hanif menelan kopi pekat yang disediakan oleh Kelvin.
Ill Malam yang gelap pekat itu menyukarkan dia untuk terus memandu kereta.
IV "Santan yang pekat itu perlu ditambah air sejuk," kata Chef Fahmi kepada anak didiknya.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II, Ill dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.
I Dia menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya.
II Mak Som menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.
Ill Dia menggalas meja menggunakan kain bercorak flora.
IV Barangan yang dijaja olehnya menggalas turun kerana berat amat.
I dan II sahaja
Ill dan IV sahaja
I, II dan Ill sahaja
II, Ill dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Faktor kejayaan pasukan bola sepak sekolah dalam pertandingan itu adalah kerana usaha yang berterusan dan semangat berpasukan.
Kejayaan pasukan bola sepak sekolah dalam pertandingan itu menjadi faktor usaha yang berterusan dan semangat berpasukan
Usaha yang berterusan dan semangat berpasukan ialah kunci kejayaan pasukan bola sepak dalam pertandingan itu.
Dalam pertandingan itu, usaha yang berterusan dan semangat berpasukan pasukan bola sepak sekolah ialah faktor kejayaan.
Kerana usaha yang berterusan dan semangat berpasukan, pasukan bola sepak sekolah berjaya dalam pertandingan itu.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa yang berikut membawa maksud pasangan yang sama cantik dan sama padan, kecuali
seperti pinang dibelah dua
seperti isi dengan kuku
seperti cincin dengan permata
seperti bulan dengan matahari
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa cubit peha kanan, peha kiri juga terasa membawa maksud
jika ahli keluarga mendapat susah, yang lain akan turut susah
orang yang malu bertanya, akan tersesat di pertengahan jalan
bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya akan merugikan di
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun
mereka pada petang itu.
daun
pelepah
batang
pokok
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
pada
kepada
atas
di
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah
mempelajari seni pertahanan diri.
kencan
tangkas
cekap
lasak
Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa
Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajari
menunjuk ajar
mengajar
mengajarkan
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya.
menyarungkan
menyerkupkan
menyerkapkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Ann ____ pada bendul pintu biliknya.
terselit
terpijak
tersadung
tersepak
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan
_________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
pisau cukur
gelap mata
mata duitan
tumbuk rusuk
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Fareez dan adiknya selalu bertengkar namun mereka akhirnya, akan berbaik semula. Keadaan ini sama seperti ....
carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga.
jauhari yang mengenal manikam.
biar mati anak jangan mati adat.
di dengar ada dipakai tiada
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Bagai layang-layang putus tali.
Seperti embun di hujung rumput.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya
dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya.
Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
genggam bara api biar jadi arang.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Mak Cik Bedah sedih apabila mendengar berita kematian menantunya.
Keadaan ini dikatakan
seperti duduk dalam duri.
sudah jatuh ditimpa tangga.
seperti cacing kepanasan
bagai dihiris dengan sembilu.
