wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Kata Ganda Berentak (Tahun 5)

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Kelihatan Marina kembali ..... setelah dirawat dan dijaga oleh Doktor Latifah.

a)

segar-bugar

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

2.

Linda tidak dapat melupakan keindahan Kampung Seri Permai yang berlatarkan ..... yang membiru dari jauh.

a)

batu-batan

b)

bukit-bukau

c)

awan-gemawan

3.

Kisah kemalangan tiga tahun yang lalu masih ..... dalam ingatan ibu.

a)

haru-biru

b)

susup-sasap

c)

segar-bugar

4.

Apabila Hari Raya Aidilfitri, ..... Haji Ismail dan Hajah Marina akan pulang ke kampung.

a)

cucu-cicit

b)

suku-sakat

c)

kuih-muih

5.

..... telah dua tahun rupanya umur Syauqina.

a)

Susup-sasap

b)

Kelap-kelip

c)

Dolak-dalih

6.

Majlis yang ..... ini merupakan majlis perkahwinan anak Datuk Razali.

a)

riuh-rendah

b)

kelam-kabut

c)

gilang-gemilang

7.

Pepohon nyiur di tepi pantai itu .....ditiup angin.

a)

liang-liuk

b)

lalu-lalang

c)

bolak-balik

8.

Pada malam berinai itu, ..... kakak merah kerana dihiasi inai.

a)

lauk-pauk

b)

tulang-temulang

c)

jari-jemari

9.

Sazali meninggalkan kelas dalam keadaan ..... selepas Cikgu Zubaidah berjumpa dengannya.

a)

gopoh-gapah

b)

licin-licau

c)

lekak-lekuk

10.

Tanggang mengarahkan anak buahnya menarik ..... itu ke atas kapal.

a)

tali-temali

b)

jari-jemari

c)

terang-benderang

11.

Mereka lari ..... apabila dikejar oleh anjing yang garang itu.

a)

lintang-pukang

b)

bengkak-bengkil

c)

incang-incut

12.

Suasana pasar malam itu ..... dengan suara peniaga yang cuba menarik para pengunjung pasar malam ke gerai mereka.

a)

kacau-bilau

b)

riuh-rendah

c)

kelam-kabut

13.

Penduduk Kampung Pening Lalat ..... menyiapkan rumah Tok Wan Kamal.

a)

riuh-rendah

b)

mundar-mandir

c)

bertungkus-lumus

14.

Baki nasi goreng itu ..... dimakan oleh abang yang kelaparan selepas pulang dari bermain bola sepak.

a)

licin-licau

b)

incang-incut

c)

calar-balar

15.

"Jalan menuju ke rumah Puan Salmiah ..... hampir tersesat tadi," kata Zana sambil mengesat peluhnya.

a)

herot-berot

b)

simpang-siur

c)

bengkang-bengkok