Worksheetsgelombang
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
seketul batu dijatuhkan ke dalam sebuah kolam yang tenang. Gelombang yang terhasil bergerak keluar sebagai bulatan yang mengembang bermula dari tengah tempat gangguan. Pernyataan manakah yang betul berkenaan pergerakan zarah-zarah dalam air semasa perambatan gelombang?
bergerak keluar dalam bulatan
bergetar secara mendatar
bergetar secara menegak
bergerak secara mendatar dan menegak
Kuantiti manakah yang akan berubah apabila gelombang air dipantulkan?
laju
frekuensi
panjang gelombang
arah perambatan
ciri manakah yang betul bagi gelombang pantulan?
laju gelombang pantulan > laju gelombang tuju
amplitud gelombang pantulan < Amplitud gelombang tuju
Frekuensi gelombang pantulan < Frekuensi gelombang tuju
panjang gelombang pantulan = panjang gelombang tuju
Pernyataan manakah betul apabila gelombang air dipantulkan oleh pemantul?
halaju gelombang air sebelum dan selepas pantulan adalah sama
panjang gelombang menjadi lebih panjang selepas pantulan
amplitud gelombang air menjadi lebih kecil selepas pantulan
gelombang air bergerak dari kawasan dalam ke kawasan cetek. Pernyataan manakah yang betul?
frekuensi dan laju gelombang air menjadi lebih tinggi
frenkuensi gelombang air menjadi lebih tinggi, laju gelombang air menjadi lebih rendah
frekuensi tidak berubah, laju menjad lebih tinggi
frekuensi tidak berubahm laju menjadi lebih rendah
Gelombang air merambat dari laut ke pantai. Ciri-ciri gelombang manakah di tanjung dan di teluk yang betul?
tanjung - tenaga disebarkan. Teluk - panjang gelombang lebih panjang
tanjung - tenaga ditumpukan. Teluk - panjang gelombang lebih pendek
Tanjung - panjang gelombang lebih panjang. Teluk - tenaga ditumpukan.
Tanjung - panjang gelombang lebih pendek. Teluk - tenaga disebarkan
Suatu gelombang bunyi telah merambat dari kawasan udara lebih sejuk ke kawasan udara lebih panas. Perbandingan manakah tentang gelombang itu adalah betul?
panjang gelombang pada udara panas < udara sejuk
amplitud pada udara panas < udara sejuk
kelajuan pada udara panas > udara sejuk
frekuensi pada udara panas > aras bawah
Tsunami adalah satu siri gelombang air yang disebabkan oleh sesaran isipadu air yang besar,biasanya terjadi dalam lautan atau tasik besar. Didapati bahawa panjang gelombang, λ, tsunami semakin pendek apabila menghampiri pantai. ini disebabkan oleh
pantulan gelombang
pembiasan gelombang
pembelauan gelombang
interferens gelombang
apakah kuantiti yang berkurang apabila suatu gelombang merambat satu celah?
laju
frekuensi
amplitud
panjang gelombang
Apakah ciri yang betul bagi gelombang terbelau apabila suatu gelombang air merambat melalui suatu celah yang kecil?
amplitud berkurang
panjang gelombang berkurang
kelajuan berkurang
frekuensi bertambah
apakah fungsi bukaan di antara penghalang ombak?
untuk mengurangkan panjang gelombang
untuk mengurangkan halaju gelombang
untuk mengurangkan amplitud gelombang
untuk mengurangkan frekuensi gelombang
Penerima boleh menerima gelombang dari stesen radio walaupun berada di sebalik gunung kerana
gelombang boleh dipantulkan
gelombang boleh dibiaskan
gelombang boleh dibelaukan
gelombang mengalami interferens
(a) ialah bunyi yang didengari selepas pantulan gelombang bunyi dari permukaan keras seperti dinding dan tebing tinggi.
Apakah ciri fizik yang tidak berubah semasa gelombang terbias?
arah
panjang gelombang
frekuensi
laju
corak pembelauan gelombang terdiri daripada
celah sempit, lebih belauan
penghalang kecil, kurang belauan
penghalang besar, kurang belauan
celah lebar, lebih belauan
semasa gelombang terbelau,ciri-ciri fizik yang akan berubah ialah
Arah
laju
frekuensi
bentuk
dua sumber gelombang yang (a) mempunyai frekuensi yang sama dan fasa atau beza fasa yang sama.
Pernyataan manakah betul?
garis nod - interferens memusnah berlaku
garis antinod - interferens membina berlaku
garis nod- interferens membina berlaku
garis antinod- interferens memusnah berlaku
pilih pernyataan yang betul
kenyaringan ialah ciri menggambarkan ketajaman bunyi,
semakin besar amplitud bunyi,semakin nyaring bunyi itu.
kelansingan ialah ciri yang menggambarkan kekuatan bunyi,
semain tinggi frekuensi, semakin lansing bunyi
sinar ultraungu boleh digunakan untuk
membunuh sel-sel kanser
mengesan wang kertas palsu
menentukan kedalaman lautan
memeriksa bagasi di lapangan terbang
gelombang elektromagnet manakah mempunyai frekuensi paling rendah dan panjang gelombang paling besar?
gelombang radio
gelombang mikro
sinar gamma
sinar ultraungu
ciri-ciri gelombang elektromagnet ialah
getaran medan magnet dan medan elektrik
bercas
boleh merambat melalui vakum
gelombang menegak
(a) ialah salah satu contoh gelombang elektromagnet yang mempunyai frekuensi tinggi
alat kawalan jauh atau remote control adalah aplikasi bagi gelombang elektromagnet
cahaya tampak
sinar inframerah
sinar ultraungu
gelombang mikro
v = fλ ialah satu formula dalam topik gelombang. unit SI bagi λ ialah
ms-1
Hz
m
ms-2
