wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU (Tatabahasa) TINGKATAN 2

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa

a)

toleransi

b)

perpaduan

c)

perkauman

d)

persefahaman

2.

Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

diminta

b)

disuruh

c)

diugut

d)

diarah

3.

Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

sepucuk

d)

sepotong

4.

Ilham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

a)

terbit

b)

datang

c)

pulang

d)

terpacul

5.

Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang__________.

a)

bersedih

b)

kesedihan

c)

disedihkan

d)

menyedihkan

6.

__________ Iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.

a)

Perwira

b)

Seniman

c)

Pendekar

d)

Pahlawan

7.

Persembahan Falvin yang __________mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton

a)

menarik

b)

bertenaga

c)

mempesona

d)

bersemangat

8.

Internet merupakan saluran komunikasi yang paling penting terutamanya kepada golongan remaja.

D

a)

komunikasi

b)

paling

c)

kepada

d)

Tiada kesalahan.

9.

Ayah sering pulang lewat ke rumah kerana dia terjerumus dalam kesesakan lalu lintas.

a)

pulang

b)

kerana

c)

terjerumus

d)

Tiada kesalahan.

10.

Dalam usaha menempah kejayaan, pelajar hendaklah bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran mereka.

a)

menempah

b)

bersungguh-sungguh

c)

mereka

d)

Tiada kesalahan

11.

Pendatang haram sukar memasuki pengairan kita kerana kawalan ketat oleh polis marin.

a)

Pendatang

b)

pengairan

c)

kita

d)

Tiada kesalahan

12.

Penyanyi baharu itu mula dikenali ramai dengan lagu yang berunsurkan ketuhanan.

a)

dengan

b)

berunsurkan

c)

ketuhanan

d)

Tiada kesalahan

13.

Saya dan rakan-rakan mengadakan perkhemahan hutan lipur yang terkenal di negara kita.

a)

rakan-rakan

b)

mengadakan

c)

di

d)

Tiada kesalahan

14.

Lelaki yang bersenjatakan sebatang parang itu menghayun-hayunkan parangnya untuk mengancam pihak polis.

a)

bersenjatakan

b)

menghayun-hayunkan

c)

sebatang

d)

Tiada kesalahan

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Pandangannya yang tajam menakutkan saya.

b)

Atuk selalu mengasah parangnya agar tajam.

c)

Perkataan yang tajam itu telah mengguris hati saya

d)

Kritikan pengarang tentang penulisan buku itu sungguh tajam.

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Bunga yang kembang pada pagi itu amat cantik.

b)

Akibat makan terlalu banyak, badan Sabariah menjadi kembang.

c)

Span yang direndamkan di dalam air akan menjadi kembang.

d)

Kembang hati Mala apabila semua orang memuji kekacakan suaminya.

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Pengarah urusan itu telah menolak cadangan timbalannya.

b)

Bayi dalam kandungan itu menolak perut ibunya.

c)

Kami akan menolak ke Tapah pada pagi esok.

d)

Fahmi menolak kotak itu ke tepi dinding.

18.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.

Ibu bapa mungkin menjadi faktor penyumbang kepada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.

a)

faktor sumbangan pada masalah

b)

faktor penyumbang pada masalah

c)

faktor menyumbangkan pada masalah

d)

faktor penyumbang kepada masalah

19.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.

Mi goreng amat sesuai dihidang bersama teh panas pada waktu pagi sebagai sarapan.

a)

. amat sesuai dihidang bersama dengan

b)

amat sesuai sekali dihidang bersama

c)

amat sesuai dihidangkan dengan

d)

amat sesuai dihidang bersama

20.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.

Encik Yusof memberi anaknya sebuah payung untuk dibawa ke sekolah kerana musim panas dijangka berpanjangan.

a)

memberikan anaknya sekaki payung

b)

memberi anaknya selaras payung

c)

memberi anaknya sekaki payung

d)

memberi anaknya sebuah payung

21.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.

Ali belajar bersungguh-sungguh demi untuk kebahagiaan keluarganya.

a)

demi bahagia

b)

demi kebahagiaan

c)

demi untuk membahagiakan

d)

demi untuk kebahagiaan

22.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Jualan murah itu mendapat sambutan luar dugaan daripada pengguna-pengguna.

b)

Jika air sungai melimpah, Kampung Padang Belalang pasti akan dilanda banjir.

c)

Sejak di kejadian itu, Aida tidak lagi mengganggu rakan sebiliknya.

d)

Sebuah rantai dihadiahkan oleh Encik Daud kepada isterinya.

23.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Berpuluh-puluh ekor kambing peliharaan Pak Mail disyaki dicuri malam tadi.

b)

Novel-novel hasil tulisan Syamsul Akmal begitu laris dipasaran kerana diminati oleh golongan remaja.

c)

Oleh kerana cuaca mendung, Halimin tidak jadi keluar rumah untuk bermain bola sepak di padang bersama-sama rakan-rakanya.

d)

Sebelum anak perempuannya pulang dari sekolah, Mak Leha cepat-cepat menyenduk nasi dan meletakkannya di bawah tudung saji.

24.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Pak Abu telah memperisterikan Aminah sebagai suri hatinya.

b)

Menyuruh Eliza ke kedai sebelum ke rumah nenek di Taman Melawati.

c)

Pembabitan pihak polis dalam menangani masalah disiplin pelajar amatlah dialu-alukan.

d)

Rakyat sebenarnya mahu kerajaan membetulkan mutu perkhidmatan kesihatan negara.

25.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah...

a)

bagai pinang di belah dua.

b)

seperti lembu dicucuk hidung.

c)

pipit hendak menjadi enggang.

d)

bunga disunting, perdu dibuang.

26.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali

a)

seperti kacang lupakan kulit.

b)

seperti tikus jatuh ke beras.

c)

habis madu sepah dibuang.

d)

seperti ulat lupakan daun.

27.

Air dicencang tidak akan putus. Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Peribahasa ini bermaksud

a)

melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja.

b)

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

c)

melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

d)

sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.

28.

Pengurus syarikat itu telah menerima aduan ________________ kecuaian pekerjanya semasa menjalankan tugas.

a)

oleh

b)

akan

c)

tentang

d)

terhadap

29.

Sebilangan kecil rakyat gemar memiliki barangan mewah sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa. Oleh itu, kerajaan selalu mengingatkan mereka agar berbelanja mengikut kemampuan.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

besar pasak daripada tiang

c)

berapa panjang lunjur, begitulah selimut

d)

alah membeli menang memakai

30.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berwarna merah dengan betul.

a)

Kasut adik terlucut ketika berlari kerana ikatan tali kasutnya longgar.

b)

Seluar panjang yang baru dibeli oleh ayah untuk adik itu agak longgar.

c)

Perhubungan antara Yazid dengan Othman mulai longgar setelah mereka bertukar sekolah.

d)

Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan orang ramai tidak meminatinya.