Font size
WorksheetsKOMSAS
Total questions: 12
Worksheet time: 11mins
Berpandukan sajak di atas, pilih TEMA yang paling tepat.
Sajak di atas bertemakan kasih sayang seorang ayah terhadap anak gadisnya yang baru menjejaki hidup baharu di menara gading - Anak gadisnya diberi teguran agar bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar. Anak gadis juga diingatkan agar pandai menjaga maruah dan nama keluarga dengan mendapat kecemerlangan di universiti.
Sajak di atas bertemakan nasihat orang tua kepada anak gadis yang melanjutkan pelajaran di menara gading – Anak gadis perlu bijak menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampus. Anak gadis perlu menjaga maruah diri. Anak gadis perlu belajar bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengan kegagalan.
Sajak di atas bertemakan tanggungjawab seorang anak gadis terhadap keluarganya di kampung - Anak gadis yang berasal dari kampung perlu menjaga diri, maruah dan nama baik keluarga. Anak gadis juga perlu sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang mahasiswi dengan belajar bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan bapanya di kampung.
Manakah persoalan yang berkenaan dengan sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus"? Jawapan anda boleh melebihi satu persoalan.
Persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya
Persoalan cabaran kehidupan di luar bandar
Persoalan menuntut ilmu sehingga mencapai kejayaan
Persoalan kesukaran hidup golongan miskin
Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan
Pilih maksud yang paling tepat bagi rangkap 1 sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus".
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
yang sama sekali berbeza dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Lelaki kecil (miskin) meyakinkan anak perempuannya bahawa dia akan membiayai segala perbelanjaan untuk menghantar anaknya menuntut di menara gading.
Lelaki kecil (miskin) menghantar anak perempuannya ke menara gading untuk menuntut ilmu dengan persekitaran yang jauh berbeza daripada kampung halamannya.
Lelaki kecil (miskin) berjanji kepada anak perempuannya bahawa dia akan menghantar anaknya untuk menuntut ilmu di bandar besar yang jauh dari kampungnya.
Pilih maksud yang paling tepat bagi rangkap 2 sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus".
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.
Lelaki kecil mengharapkan kebebasan yang diberikan mampu menjadikan anaknya seorang yang tabah dan kuat berbekalkan akal untuk meloloskan diri dari cabaran yang sukar.
Lelaki kecil memberi kepercayaan kepada anak gadisnya bahawa anaknya itu mampu menghadapi segala rintangan dalam kehidupan.
Lelaki kecil itu berpesan kepada anaknya agar sentiasa tabah dan bijak melepaskan diri daripada pelbagai cabaran kehidupan semasa di bandar.
Pilih maksud yang paling tepat bagi rangkap 3 sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus".
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegas status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Walaupun berada di menara gading namun masih terdapat anasir-anasir yang jahat, kejam dan keji yang mampu melalaikan seseorang. Di menara gading, gadis kampus baru mengenali erti kehidupan dan mula timbul perasaan sombong yang menebal sehingga melenyapkan sikapnya yang baik.
Banyak anasir jahat yang akan dihadapi oleh gadis semasa berada di kampus. Di menara gading, gadis akan terpengaruh dengan pelbagai kemewahan material sehingga menyebabkan gadis itu semakin lalai dan alpa.
Banyak godaan dan ancaman walaupun tempat itu bergelar kampus. Gadis tersebut telah mula melupakan asal usul dan akhlak budinya turut terhakis akibat terpengaruh dengan budaya negatif semasa di menara gading.
Pilih maksud yang paling tepat bagi rangkap terakhir sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus".
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.
Lelaki kecil memberi amaran kepada anaknya agar tidak terjerumus dalam kancah sosial sehingga menjatuhkan maruah diri.
Lelaki kecil memberi kebebasan kepada anaknya menyelesaikan segala masalah yang bakal dihadapi walaupun terpaksa berhadapan dengan kesusahan.
Lelaki kecil mengharapkan agar anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan.
Manakah huraian yang paling tepat bagi latar masyarakat sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus"?
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap anak
Cth: Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.
Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan
Cth: Anak gadis kampung berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang untuk membalas budi ayahnya di kampung.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Cth: Lelaki kecil itu berusaha dengan gigih menanam padi bagi membiayai perbelanjaan anak gadisnya yang menuntut di menara gading
Pilih nilai murni yang paling tepat bagi huraian di bawah.
Lelaki kecil bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan kepada anak gadisnya yang belajar di menara gading.
Nilai amanah terhadap tanggungjawab
Nilai kasih sayang
Nilai tanggungjawab
Sikap bertanggungjawab
Pilih satu pengajaran yang berkaitan dengan rangkap 2 sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus".
Kita hendaklah mementingkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Kita hendaklah rajin berusaha sehingga mencapai kejayaan.
Kita haruslah tabah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan.
Berikan maksud baris bumantara asing dari yang sering kau mesrai yang terdapat dalam rangkap pertama sajak. [2 markah]
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyesuaikan diri di tempat yang asing daripada kehidupan kita sebelumnya? [3markah]
Huraikan tema yang diungkapkan dalam petikan sajak tersebut. [4markah]
