NEW
Font size
WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______.
rambang mata
otak udang
tajam akal
tanda mata
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
halwa telinga
telinga kuali
hati terbuka
lapik perut
Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berjijrah ke bandar.
sampai hati
sagu hati
makan hati
sakit hati
Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.
bersengkang mata
sekangkang kera
tebal telinga
berat mata
Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti
buah fikiran
ada bakat
gerak hati
ada angin
Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
mabuk selasih
mabuk darah
ikat perut
geli hati
Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.
buah fikiran
buah mulut
curi tulang
curi hati
“Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,” tegur ibu.
telinga tempayan
buruk selera
telinga kuali
buruk siku
Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.
mandi mawar
bawah angin
mandi peluh
bawa diri
Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
berpeluk tubuh
bertikam lidah
kepala batu
habis jodoh
Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
jalan belakang
hilang akal
gigi hutan
jejak bara
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
mulut tempayan
kaki ayam
gigi hutan
jejak bara
Mak Esah tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
tangan kanan
bawa mulut
buta huruf
alas perut
Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu. Emak sayang kamu, Eja.
ambil berat
cari makan
cari salah
ambil hati
Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
diam ubi
hilang akal
habis akal
makan duit
Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.
mabuk selasih
mabuk darah
makan angin
makan duit
Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.
naik darah
diam ubi
kera sumbang
lipas kudung
Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
rambang mata
panjang akal
tebal telinga
makan hati
Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
jatuh hati
jauh hati
jalan buntu
berat sebelah
