Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA 01

Total questions: 15

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

1. Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain, akhirnya dia juga bermain untuk negaranya seperti ayahnya. Peribahasa yang sesuai ialah ______

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

Biar putih tulang jangan putih mata

c)

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

d)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan

2.

Aryani telah menabung wang sejak dia bersekolah rendah bagi melanjutkan pelajaran pada peringkat yang tinggi kerana dia sedar bahawa ibu bapanya orang miskin. Peribahasa yang sesuai ialah ______

a)

Biar lambat asalkan lambat

b)

Sediakan payung sebelum hujan

c)

Biar mati anak jangan mati adat

d)

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

3.

Puan Khadijah seorang yang sangat komited dalam melaksanakan tanggung jawabnya sebagai pengurus pemasaran. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga tugasannya dapat diselesaikan dengan jayanya. Peribahasa yang sesuai ialah ______

a)

Alah bisa, tegal biasa

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

genggam bara api biar sampai jadi arang

d)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

4.

5. Adha dan Zakwan ___________kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai katak di bawah tempurung

b)

bagai ayam disambar helang

c)

bagai anjing dengan kucing

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

5.

Abang Idham ______________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kudung mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

6.

Hati Mak Kiah ____________ apabila mendapat tahu anak tunggalnya terjebak dengan dadah.

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

bagai ikan pulang ke lubuk

c)

malu bertanya sesat jalan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

7.

Walaupun Zarina dan Marry berlainan kaum namun mereka berkawan baik seperti ____________.

a)

isi dengan kuku

b)

aur dengan tebing

c)

kacang lupakan kulit

d)

gergaji dua mata

8.

Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja _______.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur di hujung tanduk

9.

Hairani dan Harliana tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Melaka . Peribahasa yang sesuai ialah __________.

a)

seperti si buta kehilangan tongkat

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti kerbau dicucuk hidung

d)

seperti rusa masuk kampung

10.

Puan Anita _______________ kerana enam ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan di persimpangan kampung Pulai itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai dihiris dengan sembilu

d)

bagai ayam disambar helang

11.

Jalan menuju ke Cameron Hingland agak curam dan bengkang-bengkok seperti

a)

ular kena palu

b)

pinang dibelah dua

c)

aur ditarik songsang

d)

bumi dengan langit

12.

Azizi _______________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru diberi oleh kakaknya sempena mendapat keputusan 10A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

a)

seperti Belanda diberi tanah

b)

seperti hujan jatuh ke pasir

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti mencurah garam ke laut

13.

Elly Mazlein dan Amy Mastura merupakan pasangan artis yang rapat sejak zaman persekolahan, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

tepuk dada tanya selera

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

sambil menyelam minum air

14.

Cikgu Mariati telah memberi teguran dan nasihat kepada pelajar tingkatan 3 Anggerik, namun begitu semua nasihatnya mereka tidak endahkan.

a)

bagai melepaskan batuk di tangga

b)

bagai harun makan anak

c)

bagai mencurah air ke daun keladi

d)

bagai kambing dihalau ke air

15.

Walaupan Aina dan Aini merupakan pasangan kembar namun watak mereka jauh berbeza seperti

a)

pungguk rindukan bulan

b)

langit dengan bumi

c)

mentimun dengan durian

d)

tikus jatuh ke beras