Font size
WorksheetsCUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Maklumat yang manakah berkaitan dengan iklim di Malaysia?
Kejadian empat musim
Julat suhu tahunan kecil
Siang dan malam tidak sama panjang
Matahari tegak di Garisan Khatulistiwa
Keadaan ombak kuat di pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan November hingga Mac adalah berkaitan dengan .............
el - Nino
peningkatan suhu
kegiatan pertanian
fenomena musim tengkujuh
Kegiatan pembandaran dan pengangkutan di bandar merupakan punca utama berlakunya......
jerebu
kemarau
pulau haba
hujan asid
Kegiatan berikut yang tidak dikawal boleh menyebabkan....
udara nyaman
suhu meningkat
pencemaran tanih
penipisan lapisan ozon
Langkah yang manakah sesuai bagi mengawal peningkatan gas rumah hijau di bandar? (Pilih 2 jawapan)
Menggunakan minyak berplumbum
Menggunakan penyaman udara
Menggunakan pengangkutan hijau
Menanam lebih banyak pokok
Apakah angin yang bertiup antara pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September?
Angin Sumatera
Angin Monsun Timur Laut
Angin Monsun Barat Daya
Angin Monsun Barat Laut
Apakah jenis iklim Malaysia?
Iklim Khatulistiwa
Iklim Mediterranean
Iklim Monsun Tropika
Iklim Gurun Panas
Yang manakah berkaitan rajah tersebut?
hujan batu
hujan bukit
hujan perolakan
hujan perenggan
__________ menerima hujan paling sedikit kerana terletak di kawasan lindungan hujan.
Long Akah
Bukit Larut
Kuala Pilah
Sandakan
Yang manakah menunjukkan kejadian di mana udara bergerak dari daratan ke lautan?
Bayu laut
Bayu darat
Angin Sumatera
Angin Monsun Timur Laut
Nelayan di kawasan manakah yang dikaitkan dengan aktiviti membaiki pukat yang rosak dan bot pada musim tengkujuh?
Klang
Bachok
Pulang Tuba
Pulau Pangkor
Apakah minimum suhu tahunan di Malaysia?
25 ° C
26 ° C
27 ° C
30 ° C
Apakah faktor yang menyebabkan penanaman teh sesuai ditanam di Tanah Tinggi Cameron di Pahang?
Panas dan lembap sepanjang tahun
Pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat
Suhu sederhana sejuk antara 18 ° C - 21 ° C
Bahagian cerun menghadap udara lembap menerima hujan lebat
Yang manakah berkaitan dengan angin sumatera?
Bermula dari pedalaman benua Asia
Membawa hujan lebat yang disertai kilat dan petir
Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September
Bertiup dari awal bulan November hingga Mac.
Yang manakah betul tentang ciri iklim di Malaysia.
Julat suhu tahunan kira-kira 4 ° C
Hujan tahunan kira-kira 500mm
Suhu hampir sekata sepanjang tahun
Hujan maksima dalam bulan Disember
Apakah jenis angin monsun dalam rajah tersebut?
Angin Monsun Timur Laut
Angin Monsun Barat Daya
Bilakah tempoh tiupan angin Monsun Barat Daya?
Bertiup dari awal bulan November hingga Mac.
Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September.
Yang manakah merupakan kesan kejadian La Nina?
berlakunya krisis air
kejadian banjir besar
mengakibatkan jerebu
kemarau yang berpanjangan
Pilih 2 faktor yang menyebabkan kejadian pulau haba.
Pereputan haiwan
Penghutanan semula
Pembinaan bangunan konkrit
Bahan pencemar dari kilang dan kenderaan
Apakah kesan jerebu kepada aktiviti manusia?
Menjadikan kulit kering
Kadar perpeluhan menjadi aktif
Jarak penglihatan menjadi terhad
Peningkatan penggunaan bahan api
