NEW
Font size
WorksheetsKATA MAJMUK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
__________________ bangunan itu diilhamkan oleh salah seorang mahasiswa Fakulti Alam Bina dari Universiti Teknologi Malaysia.
Reka bentuk
Susun atur
Reka letak
Reka cipta
Penggunaan ___________ kadang kala lebih baik daripada penggunaan peraturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah disiplin murid-murid di sekolah.
budi bicara
hati budi
akal fikiran
buah fikiran
Pihak kerajaan telah membina kira-kira 150 buah rumah __________________ untuk mangsa-mangsa yang dilanda tsunami di Kedah.
siap segera
sewa beli
siap pasang
pasang siap
Walaupun perempuan itu berbadan besar, tetapi dia memiliki ________________ yang sangat tinggi.
nada suara
alunan suara
peti suara
lenggok suara
Kipas angin di dalam kelas itu tidak berfungsi kerana ___________ telah rosak dan tercabut.
pelaras halaju kipas
pelaras kelajuan kipas
pelaras pelajuan kipas
Pak Long memarut beberapa biji kelapa dengan menggunakan ___________________.
mesin parut kelapa
mesin parutan kelapa
mesin pemarut kelapa
Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli-belah itu untuk sesi ______________.
uji kaji
uji bakat
uji suara
uji minda
Ibu menggunakan _____________ untuk membuang kuku adik yang panjang.
pengetip kuku
pemotong kuku
pengepit kuku
pewarna kuku
Seluruh bangunan itu terputus bekalan elektrik kerana telah berlaku ______________.
wayar pintas
pintas langsung
litar pintas
lintas langsung
Penggunaan _______________ secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu pening-pening dan sesak nafas.
penyembur racun serangga
racun penyembur serangga
semburan racun serangga
racun sembur serangga
Hanya ______________ sahaja yang boleh diguanakan untuk mengisi borang itu.
mata penberbola
pen bermata bola
pen mata bola
pen bola mata
Puan Latifah menggunakan ______________ untuk membersihkan lubang telinga.
putik kapas
kapas bulat
tunas kapas
batang kapas
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mencurahkan ________________ kepada negara dengan sepenuh hati.
taat setia
setia kawan
sumpah setia
seia sekata
Kamarul meminta mahaguru silat itu memberikan ________________ cara-cara untuk mempertahankan diri.
garis panduan
gerak langkah
tunjuk ajar
gerak tari
Kita perlulah menjaga ________________ semasa berbicara agar apa-apa yang kita ucapkan tidak menyinggung perasaan orang lain.
adab sopan
budi pekerti
tingkah laku
tutur kata
Dalam cerita dongeng kanak-kanak, Sang Kancil dikenali sebagai haiwan cerdik yang penuh dengan ______________ yang licik.
tipu helah
daya usaha
gerak langkah
tingkah laku
________________ bukanlah satu ciri utama untuk menjadi seorang penyanyi yang baik.
Raut wajah
Riak muka
Paras rupa
Mimik muka
Jangan terpedaya akan _____________ yang diucapkan oleh lelaki yang buaya darat itu.
manis mulut
pujuk rayu
janji manis
janji kosong
Pasangan itu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah mereka mengenali ___________________ masing-masing.
jati diri
ikhlas hati
hati budi
budi pekerti
Kebanyakan drama tari negara jiran yang disiarkan di televisyen tempatan disediakan __________________.
sari kata
seni kata
alih bahasa
alih suara
