wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Apakah organ pernafasan bagi manusia?

a)

Ginjal

b)

Jantung

c)

Peparu

d)

Kulit

2.

Apakah yang berlaku apabila kita menarik nafas?

a)

Dada naik dan mengembang

b)

Udara keluar melalui hidung

c)

Dada turun dan mengempis

d)

Karbon dioksida disedut masuk

3.

Ketika menarik nafas, udara masuk melalui _________________ seterusnya ke _________________ dan terus ke ______________________.

(a)  

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pernafasan?

a)

Bilangan kali udara disedut masuk melalui hidung

b)

Jumlah udara yang masuk ke paru-paru

c)

Bilangan pergerakan dada turun dan naik dalam 1 minit

5.

Antara aktiviti berikut, yang manakah akan menyebabkan kadar pernafasan yang paling tinggi?

a)

Berenang

b)

Berbasikal

c)

Membaca

d)

Tidur

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses perkumuhan?

a)

Proses penyingkiran peluh melalui kulit

b)

Proses penyingkiran garam melalui air kencing

c)

Proses penyingkiran karbon dioksida melalui peparu

d)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

7.

Apakah bahan kumuh yang dihasilkan oleh peparu?

a)

Karbon dioksida

b)

Peluh

c)

Air kencing

d)

Wap air

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses penyahtinjaan?

a)

Proses penyingkiran bahan buangan dari badan

b)

Proses penyingkiran najis melalui dubur

c)

Proses penyingkiran sisa makanan dari badan

d)

Proses penyingkiran sisa toksik dari badan

9.

Apakah kepentingan manusia berkumuh dan bernyahtinja?

a)

Tubuh badan cepat membesar

b)

Bahan kumuh dan tinja adalah diperlukan oleh tumbuhan

c)

Mengelakkan manusia mendapat penyakit akibat pengumpulan bahan buangan dalam badan

d)

Meningkatkan fungsi organ dalaman manusia

10.

Antara berikut, yang manakah merupakan amalan gaya hidup sihat yang membantu proses perkumuhan?

a)

Melakukan aktiviti fizikal untuk mengeluarkan peluh

b)

Mengambil lebih banyak makanan ringan

c)

Minum 8 gelas air masak setiap hari

d)

Menghabiskan masa dengan membaca buku di rumah