wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 3 - ZAMAN PRASEJARAH

Total questions: 64

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.
Gambar berikut merupakan peralatan batu yang dicipta oleh masyarakat prasejarah. Pada zaman bilakah peralatan batu ini dicipta?
a)
Mesolitik
b)
Paleolitik
c)
Neolitik
d)
Logam
2.
Apakah jenis sistem perdagangan yang diamalkan pada zaman Neolitik?
a)
import-eksport
b)
Menggunakan mata wang
c)
Perdagangan bebas
d)
Barter
3.
Sa Hyun, Vietnam merupakan tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara. Apakah aktiviti utama yang dilakukan di lokasi ini?
a)
Pembuatan tembikar
b)
Pembuatan pedang
c)
Pembuatan arca
d)
Pembuatan roda
4.
Rangka Perak Man ditemui di Lenggong, Malaysia. Apakah kepentingan jumpaan ini kepada negara kita?
a)
Menunjukkan masyarakat negara kita sudah maju
b)
Membuktikan wujudnya perdagangan di negara kita
c)
Menunjukkan bukti kehidupan manusa Zaman Prasejarah di negara ini
5.
Zaman prasejarah ialah zaman dimana manusia belum mengenal...
a)
sistem lukisan
b)
sistem tulisan
c)
telefon pintar
d)
teknologi
6.
Zaman ketika manusia belum mengenali sistem tulisan disebut sebagai...
a)
zaman paleolitik
b)
zaman mesolitik
c)
zaman logam
d)
zaman prasejarah
7.
Manusia mula menjalankan kegiatan memburu dan menangkap ikan bermula pada zaman
a)
Mesolitik
b)
Logam
c)
Paleolitik
d)
Prasejarah
8.
Manusia mula menjalankan kegiatan bercucuk tanam pada zaman...
a)
Logam
b)
Neolitik
c)
Paleolitik
d)
Mesolitik
9.

Apakah maksud Zaman Prasejarah ?

a)

Manusia tidak tahu membaca

b)

Manusia hidup secara nomad

c)

Manusia hidup dalam kesejukan

d)

Manusia belum mengenal tulisan

10.

Zaman Batu Baru merujuk kepada

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Paleolitik

d)

Zaman Mesolitik

11.

Zaman Batu Pertengahan merujuk kepada

a)

Zaman Mesolitik

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Logam

d)

Zaman Paleolitik

12.

Zaman Batu Lama merujuk kepada

a)

Zaman Mesolitik

b)

Zaman Logam

c)

Zaman Paleolitik

d)

Zaman Neolitik

13.

Senarai berikut menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di dunia.


*Catal Huyuk

*Gobekli Tepe


Lokasi Zaman Prasejarah tersebut terletak di

a)

Turki

b)

China

c)

Britain

d)

Sepanyol

14.

Mengapakah aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan pada Zaman Logam?

a)

Hasil makanan berkurangan

b)

Manusia hidup berpindah-randah

c)

Mematuhi arahan ketua masyarakat

d)

Kemajuan dalam bidang pertanian dan penternakan

15.

Apakah bentuk kepercayaan manusia Zaman Paleolitik?

a)

Animisme

b)

Penyembahan patung

c)

Kehidupan selepas mati

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

16.

Apakah zaman tersebut?

a)

Zaman Besi

b)

Zaman Batu

c)

Zaman Gelap

d)

Zaman Terang

e)

Zaman Moden

17.

Peralatan manakah yang dicipta pada Zaman Logam?

a)
b)
c)
18.

Dimanakah lukisan gua tersebut?

a)

Altamira, Sepanyol

b)

Bhimbetka, India

c)

Shahr-i-Sokhta, Iran

d)

Bagan Datuk, Perak

19.

Pisau Tembeling


Apakah fungsi pisau tersebut?

(m/s 68)

a)

Menuai padi

b)

Menangkap ikan

c)

Memburu binatang

d)

Menghiris makanan

20.

PILIH TEMPOH MASA ZAMAN PRASEJARAH YANG BETUL

a)

ZAMAN PALEOLITIK 2.5 JUTA - 8000SM

b)

ZAMAN NEOLITIK 5000 - 2000SM

c)

ZAMAN MESOLITIK 12,000 - KINI

d)

ZAMAN LOGAM 3500 - 500SM

21.

SEMUA LOKASI ZAMAN PRASEJARAH BERIKUT TERLETAK DI ASIA TENGGARA KECUALI .....

a)

ALTAMIRA,SEPANYOL

b)

SA HYUN,VIETNAM

c)

BAN CHIANG,THAILAND

d)

LENGGONG,MALAYSIA

22.

PADA ZAMAN BILAKAH MANUSIA HIDUP SECARA NOMAD DAN MENGHASILKAN LUKISAN PADA DINDING GUA?

a)

ZAMAN LOGAM

b)

ZAMAN NEOLITIK

c)

ZAMAN MESOLITIK

d)

ZAMAN PALEOLITIK

23.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS TANAMAN PADA ZAMAN NEOLITIK KECUALI...

a)

PADI

b)

SAWI

c)

GANDUM

d)

BARLI

24.

ADAKAH PENGEBUMIAN TEMPAYAN WUJUD?

a)

YA

b)

TIDAK

25.

Apakah urutan Zaman Prasejarah yang betul?

a)

Logam – Mesolitik – Neolitik – Paleolitik

b)

Paleolitik – Mesolitik – Neolitik – Logam

c)

Paleolitik – Mesolitik – Logam – Neolitik

d)

Mesolitik – Neolitik – Paleolitik – Logam

26.

Apakah penemuan yang dijumpai di Gua Tambun, Perak ?

a)

Mikrolit

b)

Pisau Tembeling

c)

Lukisan Gua

d)

Tembikar

27.

Maklumat berikut berkaitan lokasi penemuan Zaman

Prasejarah di Asia Tenggara.


'Penemuan fosil dan sisa tulang yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM yang dinamakan Homo Floresiensis'


Lokasi penemuan tersebut ialah

a)

Lenggong, Malaysia

b)

Ban Chiang, Thailand

c)

Gua Padah-Lin, Myanmar

d)

Gua Liang Bua, Pulau Flores Indonesia

28.

Mengapakah gua dipilih sebagai tempat kediaman oleh manusia Zaman Paleolitik?

I. Boleh bercucuk tanam

II. Tempat kediaman yang banyak kemudahan

III. Selamat daripada binatang buas

IV. Melindungi diri daripada cuaca buruk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Peralatan manusia Zaman Paleolitik dan Neolitik diperbuat daripada

a)

batu

b)

kayu

c)

tembikar

d)

besi dan tembaga

30.

Senarai berikut merujuk kepada Zaman Prasejarah.


· Zaman Paleolitik

· Zaman Mesolitik


Apakah persamaan antara masyarakat kedua-dua zaman tersebut?


I. Mencari hasil hutan

II. Memburu binatang liar

III. Membuat tembikar tanah

IV. Menjalankan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Ciri-ciri kehidupan manusia pada Zaman Prasejarah dapat dilihat pada

I. Makanan

II. Tempat berniaga

III. Peralatan diguna

IV. Organisasi sosial

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Berikut merupakan kawasan penanaman padi pada Zaman Prasejarah kecuali?

a)

Hulu Langat, Selangor

b)

Hulu Tembeling,Pahang

c)

Jenderam Hilir, Selangor

d)

Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan

33.

Nilai yang dapat kita contohi daripada manusia zaman prasejarah ialah?

a)

Jujur

b)

Kreatif

c)

Amanah

d)

Taat setia

34.

Pembahagian Zaman Prasejarah ialah:

a)

Zaman Batu dan Zaman Logam.

b)

Zaman Moden dan Zaman Kuno

c)

Zaman Dahulu dan Zaman Sekarang

d)

Zaman Pleistosen dan Zaman Miosen

35.

Yang manakah tahap yang tepat untuk menggambarkan Zaman Batu?

a)

Zaman Neolitik,Paleolitik dan Mesolitik

b)

Zaman Mesolitik,Neolitik,dan Paleolitik

c)

Zaman Paleolitik,Mesolitik dan Neolitik.

d)

Zaman Neolitik,Mesolitik dan Paleolitik

36.

Kegiatan bercucuk tanam,membuat tembikar dan menternak binatang.

Kenyataan tersebut menggambarkan masyarakat..

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Zaman Ais

d)

Neolitik

37.

Situasi manakah yang TIDAK menggambarkan Zaman Logam?

a)

Peralatan daripada logam,besi dan gangsa

b)

Menggunakan teknologi batu ringkas

c)

Menjalankan aktiviti pertukaran barang

d)

Melakukan aktiviti pelayaran

38.

Tempoh bagi Zaman Mesolitik ialah

a)

2.5 juta tahun – 8,000 SM

b)

10,000 – 2,000 SM

c)

12,000 – 4,000 SM

d)

3,500 SM – 500 M

39.

Nyatakan ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah.


I.Tempat kediaman

II.Jenis Pekerjaan

III.Kegiatan Ekonomi

IV.Peralatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I,II dan Iv

d)

I,III dan IV

40.

Apakah jenis tanaman bagi yang bermula pada Zaman Neolitik?

a)

padi, gandum dan barli

b)

ubi,barli dan oat

c)

gandum,kentang dan padi

d)

jagung,sawit,dan padi

41.

Manakah pasangan pengebumian dan lokasi yang tepat.

a)

Pengebumian Melentur - Negeri Sembilan

b)

Pengebumian Kepingan Batu - Selangor

c)

Pengebumian Keranda Kayu - Gua Cha

d)

Pengebumian Perahu - Sabah

42.

Tembikar dihasilkan untuk...

a)

Bekas makanan

b)

Bercucuk tanam

c)

Memburu

d)

Menyimpan duit

43.

Antara yang berikut, yang manakah lokasi peninggalan Zaman Logam?


I.Lembah Mansuli, Sabah

II.Jenderam Hilir, Selangor

III.Sungai Tembeling, Pahang

IV.Lembah Bernam, Selangor

a)

I dan IV

b)

I,II dan IV

c)

III dan IV

d)

Kesemua pilihan di atas

44.

Apakah contoh barang dagangan yang penting ?

a)

tembikar

b)

gendang & loceng gangsa

c)

manik

d)

hasil tanaman

45.

Zaman Batu mempunyai tiga tahap zaman kecuali

a)

Zaman Neolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Antartik

d)

Zaman Paleolitik

46.

Gambar tersebut menunjukkan penemuan bahan tinggalan manusia Zaman Prasejarah di dunia.


Apakah lokasi penemuan tinggalan tersebut?

a)

Bhimbetka, India

b)

Altamira, Sepanyol

c)

Stonehenge, Britain

d)

Catal Huyuk, Turki

47.

Bagaimanakah masyarakat Zaman Neolitik mendapatkan sumber makanan secara berterusan?

a)

Menternak binatang

b)

Memungut hasil hutan

c)

Memburu binatang

d)

Menangkap ikan

48.
Manusia pada hari ini hidup dalam zaman apa?
a)
Zaman Prasejarah
b)
Zaman Paleolitik
c)
Zaman Neolitik
d)
Zaman teknologi
49.

Bilakah aktiviti pertanian mula dijalankan?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Mesolitik

d)

Zaman Logam

50.

Aktiviti memburu binatang masih giat dijalankan sehingga ke hari ini. Antara berikut, agensi yang manakah mengeluarkan lesen untuk memburu binatang?

a)

PERHUTANAN

b)

PERTANIAN

c)

PERANGKAAN

d)

PERHILITAN

51.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertanian komersial?

a)

Pertanian bercorak sara diri

b)

pertanian secara kecil-kecilan

c)

pertanian untuk keperluan sendiri

d)

Pertanian secara besar-besaran

52.

Antara berikut, daerah manakah terkenal dengan industri pembuatan Labu Sayong?

a)

Ipoh

b)

Taiping

c)

Kuala kangsar

d)

Kuala Sepetang

53.

Nyatakan nilai yang boleh dipelajari daripada kehidupan masyarakat zaman prasejarah sehingga menyumbang kepada kemajuan kehidupan manusia masa kini

a)

inovatif

b)

sayang menyayangi

c)

taat setia

d)

hormat menghormati

54.

Zaman X dikenali Zaman Batu Lama dan serba mencabar kerana perlu meneruskan hidup dengan teknologi serba ringkas. Apakah zaman X ?

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Mesolitik

d)

Zaman Paleolitik

55.

Dalam perkembangan Zaman Prasejarah di Asia Tenggara, Zaman Hoabinhian merujuk kepada zaman...

a)

Mesolitik

b)

Paleolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

56.

Rangka manusia yang ditemukan di X berusia antara 11,000 hingga 10,000 tahun dan menjadi bukti penting tentang kewujudan manusia prasejarah di negara ini. Dimanakah X?

a)

Gua Cha

b)

Gua Niah

c)

Lenggong

d)

Jenderam Hilir

57.

Apakah penemuan yang dijumpai di Gua Niah, Sarawak?

a)

Mikrolit

b)

Lukisan Gua

c)

Loceng Gangsa

d)

Pisau Tembeling

58.

Apakah bukti penemuan yang mengaitkan Malaysia mengalami Zaman Prasejarah?

a)

Kertas

b)

Rumah

c)

Manik

d)

Pokok

59.
Pada zaman manakah manusia hidup secara berpindah randah?
a)
Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik
b)
Zaman Mesolitik dan Zaman Logam
c)
Zaman Neolitik dan Zaman Paleolitik
d)
Zaman Logam dan Zaman Neolitik
60.
Manusia menggunakan alatan gangsa, besi dan tembaga pada zaman ini
a)
Zaman Paleolitik
b)
Zaman Mesolitik
c)
Zaman Neolitik
d)
Zaman Logam
61.
Pada zaman manakah mula wujud sistem sosial yang lebih baik serta pemilihan ketua dalam kalangan manusia?
a)
Zaman Logam
b)
Zaman Neolitik
c)
Zaman Mesolitik
d)
Zaman Paleolitik
62.
Apakah yang berlaku apabila manusia mula menternak binatang dan bercucuk tanam dalam kehidupan mereka?
a)
Wujud kawasan petempatan kekal
b)
Hidup berpindah randah
c)
Wujud amalan ritual
63.

Peralatan yang digunakan pada zaman?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

64.

Kesenian dan kebudayaan pada zaman logam ditunjukkan melalui pola hiasan menarik pada gendang gangsa. Selain itu, manusia zaman ini juga mementingkan _______________ pada peralatan mereka.

a)

Mutu

b)

Nilai estetika

c)

Hiasan

d)

Kekemasan