NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kak Limah tidak pernah membaca surat khabar ataupun majalah kerana dia _____________________ .
buta hati
buta huruf
buta gaji
buta kayu
Amirul tidak mempunyai adik beradik. Oleh sebab itu, dia dianggap _______________________ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki kapal terbang ke Itali, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ______________________ .
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Hafriazhar mengambil sekeping roti berkrim sebagai _____________________ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Kesemua __________________________ Tuan Haji Mahat dan Puan Hajah Siti Aiesah sudah mendirikan rumah tangga.
Anak tut
Anak tiri
Anak beranak
Anak angkat
Zizan dan anak-anaknya _________________________ kerana sebaik sahaja mereka sampai, jamuan sudah terhidang.
langkah bendul
langkah seribu
langkah kanan
langkah kiri
Puan Hafizah masih _____________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
iri hati
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Loke Yew _____________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
makan hati
tidur mati
Pengadil bola sepak itu dicaci oleh para penonton kerana ______________________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
berat sebelah
banyak mulut
angkat kaki
lepas tangan
Keadaan Syazwani _________________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Siti dan Nurul ____________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melepaskan batuk di tangga
Kebanyakan penduduk Taman Keramat ___________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Puan Amira _______________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
bagai ayam disambar helang
bagai kaca jatuh ke batu
Syifa dianggap ___________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
