Font size
Worksheets3.1.1 Berkomunikasi: homeostasis
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
... merujuk kepada pengekalan keadaan persekitaran dalam badan sesuatu organisma, misalnya aras suhu, air, pH, tekanan darah dan sebagainya supaya berada dalam keadaan yang seimbang dan stabil.
Fotosintesis
Homeostasis
Respirasi
Sitoplasma
Badan kita mempunyai ... yang boleh mengawal suhu badan, kandungan air dan sebagainya supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil.
makanan
mekanik
mekanisme
menaakul
Jika suhu badan kita meningkat, pusat kawalan di otak akan mengesan peningkatan dan mekanisme pembetulan akan bertindak dan suhu akan ... kepada julat normal.
meningkat
menurun
Jika suhu badan ... , mekanisme pembetulan akan bertindak dan suhu akan meningkat kepada julat normal.
meningkat
menurun
Homeostasis adalah penting kepada manusia. Antara kawalan homeostasis yang penting dalam badan manusia ialah kawal atur ...
kandungan air
suhu badan
Sistem yang terlibat dalam kawal atur kandungan air ialah sistem perkumuhan dan ... .
sistem endokrin
sistem pencernaan
sistem pernafasan
sistem otot
Kandungan air dalam badan menurun apabila kita berpeluh dan otak akan merangsang rembesan sejenis hormon supaya ... mengurangkan penghasilan air kencing.
hati
ginjal
otak
pankreas
Apakah mekanisme pembetulan untuk kawal atur suhu badan yang meningkat?
salur darah mengembang
bulu roma condong
berpeluh
aktiviti otot rangka dan perembesan hormon-hormon tertentu akan berkurangan, seterusnya menurunkan suhu badan
air kencing sedikit
Pada hari sejuk, suhu badan menurun dan otak akan merangsang otot rangka untuk mengecut dan mengendur secara aktif dan menyebabkan seseorang ... supaya meningkatkan suhu badan.
ketawa
bergerak
menggigil
bersenam
Apakah keadaan lapisan kulit apabila berada di dalam suhu persekitaran rendah?
salur darah mengembang untuk membolehkan lebih banyak darah mendekati kulit bagi membebaskan tenaga haba
salur darah mengecut untuk membolehkan lebih banyak darah menjauhi kulit bagi mengurangkan pembebasan tenaga haba
bulu roma menegak supaya dapat memerangkap satu lapisan udara yang bertindak sebagai penebat haba
bulu roma condong untuk mengurangkan udara terperangkap pada kulit supaya haba mudah dibebaskan
