wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Usaha Raju hendak menyingkirkan ketua kelasnya.................kerana tidak mendapat persetujuan daripada guru kelasnya. *

a)

laksana kera dapat bunga

b)

laksana kunyit kena kapur

c)

laksana layang-layang melawan angin

2.

Virus Covid-19 mudah merebak.......apabila terdedah kepada udara. *

a)

laksana kunyit kena kapur

b)

macam kikir besi

c)

seperti air dalam kolam

3.

Laksana burung diam dalam sangkar bermaksud......

a)

orang yang bebas kehidupannya tanpa kawalan

b)

orang yang suka berfoya-foya

c)

orang yang terikat kehidupannya

4.

Banyak pengunjung suka membeli nasi campur yang murah di warung Mak Timah kerana sudah menjadi kelaziman bahawa.....

a)

ada gula adalah semut

b)

ada bukit, ada paya

c)

ada hari, ada nasi

5.

Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan adalah maksud untuk pepatah:

a)

ada buaya di sebalik pulau

b)

ada udang di sebalik batu

c)

adakah buaya menolak bangkai?

6.

Tan dan adiknya berbaik-baik semula setelah permusuhan yang lama kerana.............

a)

air beriak tanda tak dalam

b)

air digenggam tiada tiris

c)

air dicencang tiada putus

7.

Alah bisa, tegal biasa membawa maksud............

a)

pekerjaan yang mudah menjadi sukar jika dilewatkan.

b)

pekerjaan yang sukar menjadi mudah jika dibuat bersama dengan orang lain

c)

perkerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan.

8.

"Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian."Apakah peribahasa yang sesuai untuk pernyataan tersebut?

a)

akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba

b)

alah menjadi abu, menang jadi arang

c)

alah membeli, menang memakai

9.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan "alang-alang berminyak, biar licin".

a)

alang-alang mandi biar basah

b)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

c)

alah sabung, menang sorak

10.

Walaupun abang Melissa seorang jutawan tetapi dia tidak mahu membantu pelajaran adik-adiknya sebaliknya lebih mengutamakan kebajikan anak-anak kawan-kawannya. Sikap abang Melissa bertepatan dengan peribahasa

a)

anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran

b)

anak-anak ikan kecil menjadi makanan ikan besar

c)

anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan

11.

Berikut ialah maksud untuk peribahasa anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh kecuali

a)

orang yang kecil melawan orang yang berkuasa

b)

orang membuat perbuatan yang sia-sia

c)

orang yang baik walaupun dicela, tidak akan hilang kebaikannya

12.

Hidup menderita walaupun bergaji besar, bersuami atau beristerikan orang yang kaya sesuai dipadankan dengan peribahasa

a)

ayam baru belajar berkokok

b)

ayam berinduk, sirih berjunjung

c)

ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan

13.

Penduduk setempat tidak hairan dengan sikap Sharizan yang suka membuat kerja-kerja kebajikan seperti ibu bapanya kerana

a)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

b)

bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

c)

batu direbus masakan empuk

14.

Murid yang lemah dalam Bahasa Melayu itu dapat menjadi pandai kalau diajar dengan baik kerana................

a)

barang yang dikata, itulah kota

b)

bapa borek, anak rintik

c)

belakang parang kalau diasah nescaya tajam

15.

Orang yang mulia tidak kira di mana dia berada tetap akan mulia. Pernyataan ini sesuai dengan pepatah.......

a)

belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk

b)

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

c)

beranak tidak berbidan

16.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,...............(sambung pepatah ini)

a)

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

b)

bersusah-susah dahulu, bermudah-mudahan kemudian

c)

bersusah-susah dahulu, beroleh kejayaan kemudian

17.

Berikut sikap positif dalam pepatah di bawah yang perlu ada pada seseorang pelajar kecuali

a)

berani kerana benar, takut kerana salah

b)

beri betis hendakkan paha

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

18.

Selama ini pasukan JDT bangga dengan kehandalannya di negara kita tetapi kini ...................apabila pasukan lain seperti Kedah dan Selangor juga menunjukkan kehebatan mereka.

a)

bertanam tebu di bibir

b)

berkerat rotan, berpatah arang

c)

bertemu buku dengan ruas

19.

Pilih padanan yang salah.

a)

bumi mana yang tidak ditimpa hujan=manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan

b)

biduk berlalu kiambang bertaut=dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula apabila masalah selesai

c)

besar periuk, besar keraknya=besar pendapatan tetapi kecil perbelanjaannya

20.

Apakah maksud pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

a)

perpaduan yang erat membolehkan rakyat dapat hidup harmoni

b)

kejayaan sesuatu pekerjaan adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat

c)

sikap bersatu padu dan saling bekerjasama penting untuk wujudkan muafakat dalam masyarakat