wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA T4 : MODUL 4 BCP - BUKU TUNAI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Tunai?

a)

Merekodkan belian aset bukan semasa secara kredit

b)

Merekodkan penerimaan dan pembayaran tunai atau cek

c)

Merekodkan ambilan tunai perniagaan

d)

Merekodkan belian dan jualan secara kredit

2.

Manakah yang merupakan kegunaan Buku Tunai?

I Merekodkan belian aset secara kredit

II Merekodkan pembayaran secara tunai sahaja

III Memudahkan rujukan terhadap Akaun Bank dan Akaun Tunai

IV Merekodkan penerimaan dan pembayaran melalui bank dan tunai

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Buku Tunai? (Pilih dua jawapan)

a)

Jualan Kredit RM 4 600

b)

Bayaran gaji pekerja RM 500 dengan cek

c)

Ambilan tunai daripada bank untuk kegunaan peribadi

d)

Belian barang niaga daripada Mawar RM 700

4.

Dokumen yang berikut berkaitan dengan Perniagaan Farahana.


Apakah catatan dalam Buku Tunai Perniagaan Farahan? (Pilih dua jawapan)

a)

Debit Akaun Tunai

b)

Debit Akaun Bank

c)

Kredit Akaun Tunai

d)

Kredit Akaun Bank

5.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang direkodkan di sebelah kredit dalam Buku Tunai? (Pilih dua jawapan)

a)

Menerima bayaran daripada pelanggan

b)

Melunaskan hutang kepada pembekal

c)

Mengambil wang tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi

d)

Membawa masuk wang peribadi ke dalam perniagaan

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan Kedai Adam


20X7 Jan 1 Membeli barang niaga daripada Fang secara kredit RM 7500


20X7 Jan 31 Menjelaskan hutang kepada Fang dengan cek RM 7250

Menerima diskaun RM250


Bagaimanakah urus niaga pada 31 Jan 20X7 dicatatkan dalam Buku Tunai?

a)
b)
c)
d)
7.

Catatan kontra di dalam Buku Tunai merujuk kepada

a)

peniaga menggunakan cek untuk membuat bayaran

b)

peniaga telah membawa masuk tunai sebagai modal tambahan

c)

peniaga telah memindahkan wang tunai perniagaan ke dalam bank

d)

peniaga telah menggunakan wang tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi

8.

Lajur Diskaun sebelah debit Buku Tunai merujuk kepada

a)

diskaun tunai

b)

diskaun niaga

c)

diskaun diberi

d)

diskaun diterima

9.

Berikut adalah urus niaga yang dijalankan oleh Perniagaan Haziq.


Masukkan tunai sebanyak RM2000 ke dalam bank


Catatan manakah yang betul dalam Buku Tunai?

a)

Dt Bank Kt Tunai

b)

Dt Tunai Kt Bank

c)

Dt Diskaun diberi Kt Tunai

d)

Dt Diskaun diterima Kt Bank

10.

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai?

I Membayar gaji dengan cek

II Membeli kenderaan secara kredit

III Membeli kelengkapan secara tunai

IV Ambilan barang untuk kegunaan sendiri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan III

11.

Catatan manakah yang betul??

a)
b)
c)
d)
12.

Pernyataan yang manakah benar tentang catatan kontra dalam Buku Tunai?

a)

Urus niaga ambilan tunai untuk kegunaan peribadi

b)

Satu cara pembetulan kesilapan di dalam Buku Tunai

c)

Cara merekod diskaun tunai dalam lajur diskaun ke lejar

d)

Urus niaga pemindahan tunai ke dalam bank dan sebaliknya

13.

Urus niaga berikut diambil dari buku perniagaan Syarikat Azlyn:


2020

April

1 Baki tunai di tangan RM850

Baki tunai di bank RM 12320

3 Beli barang secara tunai RM 340

5 Terima cek daripada Alya RM 1380

7 Jualan tunai RM760

9 Bayar sewa kedai dengan cek RM250

10 Bayar pembekal Sufea dengan cek RM1900


Berapakah baiki akhir tunai di tangan dan tunai di bank?

a)

Tunai RM 1190 Bank RM 10420

b)

Tunai RM1270 Bank RM 11550

c)

Tunai RM 1440 Bank RM 13700

d)

Tunai RM 1950 Bank RM 15230

14.

Maklumat berikut merupakan petikan Buku Tunai perniagaan Areena yang menjalankan perniagaan buku dan majalah.Urus niaga manakah yang menerangkan catatan tersebut?

a)

Beli buku secara kredit dari Kedai Buku Lisa

b)

Perniagaan Areena menjelaskan hutang kepada Kedai Buku Lisa

c)

Beli barang niaga dengan cek daripada Kedai Buku Lisa

d)

Kedai Buku Lisa menjelaskan hutang kepada Perniagaan Areena dengan cek

15.

Urus niaga manakah yang direkodkan di sebelah debit Buku Tunai?

a)

Belian tunai

b)

Bayar gaji dengan cek

c)

Kutipan tunai daripada akaun belum terima

d)

Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi

16.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang direkodkan di sebelah kredit dalam Buku Tunai?

I Menerima bayaran daripada akaun belum terima

II Melunaskan hutang kepada akaun belum bayar

III Mengambil wang tunai perniagaan untuk kegunaan sendiri

IV Membawa masuk wang peribadi ke dalam perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah tujuan Buku Tunai diimbangkan pada akhir bulan?

a)

Untuk menyemak ketepatan urus niaga tunai

b)

Untuk mengesan dan membetulkan kesilapan

c)

Untuk menghitung baki akhir di tangan dan di bank

d)

Untuk mengawal aliran keluar masuk tunai dalam tempuh sebulan

18.

Kedai Alat Tulis Nadjmi telah menjalankan urus niaga berikut sepanjang Mac 2020 :

I Menjual sebuah komputer terpakai dan terima RM2000 cek

II Menjual dua buah rak buku RM 300 secara tunai kepada Cik Syamimi.

III Menjual 300 batang pembaris RM6 sebatang kepada Syarikat Hanisah secara kredit.

IV Menjual 15 batang pen RM150 secara kredit kepada Encik Faris.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Maklumat berikut menunjukkan rekod Perniagaan Basyirah:


Wang tunai dari bank perniagaan dipindahkan ke dalam pejabat untuk kegunaan perniagaan.


Apakah catatan yang betul bagi urus niaga tersebut?

I Debit jalur bank di Buku Tunai

II Debit jalur tunai di Buku Tunai

III Kredit jalur bank di Buku Tunai

IV Kredit jalur tunai di Buku Tunai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Dokumen berikut diambil daripada perniagaan Perabot Lee.

Catatan manakah yang betul dalam Buku Tunai Kedai Komputer Nik?

a)
b)
c)
d)