NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa : Simpulan Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Jangan dengar ____ kerana berita itu belum tentu benar.
atas angin
masuk angin
makan angin
khabar angin
Jangan _____ semasa rakan-rakan lain bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
curi tulang
curi padang
ringan tulang
ringan mulut
Kamu hendaklah bersarapan sebelum pergi ke sekolah supaya perut tidak ____ .
ambil angin
makan angin
masuk angin
naik angin
Nancy menjadi ______ apabila melihat kain-kain yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka.
rambang mata
mata air
silap mata
mata keranjang
Ibunya berasa _____ apabila mendapat tahu anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke
universiti.
ada hati
tabah
besar hati
sejuk hati
1. Encik Omar sangat _____ tentang pelajaran anak-anaknya.
A mengambil berat C mengambil berkat
B mengambil masa D mengambil langkah
mengambil berat
mengambil masa
mengambil berkat
mengambil langkah
Seorang pengemis duduk di _______ bangunan kedai itu .
kaki langit
kaki jalan
buku lima
kaki lima
Walaupun Dewi ____ keluarga, dia masih dimarahi bapanya apabila tidak mengikut nasihat ibunya.
anak kandung
anak tut
anak buah
anak emas
Perbuatannya yang baik telah menjadi _____ orang kampung.
banyak mulut
tutup mulut
bawa mulut
buah mulut
Aiman dan kawan-kawan membawa _______ ketika melawat Kim Lee yang sakit di hospital.
buah hati
ringan tangan
buah tangan
berat tangan
