WorksheetsKATA GANDA 2
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Farhana ______________ menziarahi ibu bapanya di Arau semenjak dia bekerja di Johor Bahru.
jarang-jarang
sering-sering
kadang-kadang
hampir-hampir
Arun Raj mempelajari ____________ mengurus perniagaan runcit daripada datuknya.
selok-belok
ceruk-meruk
basa-basi
beli-belah
Sikap ______________ semasa memandu boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.
congak-cangit
riuh-rendah
tunggang-langgang
gopoh-gapah
"Jangan ____________ semasa menaiki bas," kata guru yang bertugas kepada murid-muridnya.
berpegang-pegangan
berpeluk-pelukan
bertolak-tolakan
berdesak-desakan
Mata Nicholas ________________ apabila dimarahi oleh gurunya semasa membeli makanan di kantin.
terkebil-kebil
terngiang-ngiang
terawang-awang
terkial-kial
Azizi pada mulanya _______________ benar hendak mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz itu, tetapi selepas itu dia menarik diri.
beria-ia
berpura-pura
bergegas-gegas
bersorak-sorak
Ganesh _____________ buku itu untuk melihat kandungannya.
menyelak-nyelak
memegang-megang
memusing-musing
membelek-belek
Salman _____________ ketika hendak ke tandas kerana kereta api sedang bergerak.
terhuyung-hayang
berolak-alik
terbuai-buai
berbolak-balik
Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai ___________ ke sekolah.
manik-manik
renda-renda
anting-anting
Mulur Azri _________________ semasa membaca novel sedih itu.
congak-cangit
silang-siur
kumat-kamit
sedu-sedan
_________________ pekerja-pekerja asing itu kini sentiasa diawasi oleh pihak majikan semenjak beberapa komponen mesin di dalam kilang itu hilang.
Tindak-tanduk
Gerak-geri
Suku-sakat
Basa-basi
Kaki Azam terasa ______________ setelah disengat oleh seekor lipan.
berdegup-degup
berlekak-lekuk
berdenyut-denyut
bercopak-capik
____________________ orang datang ke Dataran Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyaksikan persembahan bunga api.
Bertubi-tubi
Berduyun-duyun
Bertalu-talu
Berselang-seli
Batu permata di dalam kotak kaca itu kelihatan ____________ apabila terkena cahaya lampu.
bersinar-sinar
berkelip-kelip
berkedip-kedip
gilang-gemilang
Sudah tiga kali ____________ Ahmad berjaya menjadi johan dalam pertandingan badminton itu.
berturut-turut
bergilir-gilir
berulang-ulang
bersorak-sorai
Gelanggang gusti itu _______________ dengan jerit pekik dan tepuk sorak orang ramai.
kucar-kacir
kacau-bilau
huru-hara
hingar-bingar
Peninju itu berjalan ______________ apabila terkena tumbukan padu daripada lawannya.
terumbang-ambing
tergoyang-goyang
terhuyung-hayang
terdengkot-dengkot
Api lilin itu _____________ apabila ditiup angin.
lemah-gemalai
berselang-seli
meliang-liuk
menari-nari
Kawasan air terjun itu terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana ada ________________ mengatakan harimau berkeliaran di kawasan tersebut.
desas-desus
keluh-kesah
hal-ehwal
sebab-musabab
Puak orang asli itu sering _________ dari suatu tempat ke suatu tempat setelah mendapati kawasan tempat tinggal mereka sudah tidak subur.
mundar-mandir
berulang-alik
berpindah-randah
berselang-seli
Nordin _____________ sebaik sahaja dia menamatkan larian sejauh 1500 meter.
tercungap-cungap
terkapai-kapai
terincut-incut
terdengkot-dengkot
Pengantin perempuan itu _______________ apabila disuruh menyuapkan nasi ke mulut pengantin lelaki.
tersipu-sipu
terngiang-ngiang
tersengih-sengih
terkebil-kebil
Pemuda itu _____________ kepada pihak polis agar dia tidak disaman.
menyeru-nyeru
merayu-rayu
memujuk-mujuk
meronta-ronta
Ayah membeli ____________ untuk adik Natasya semasa pulang dari luar negara.
anak-anak
patung-patung
orang-orang
_____________ pemuda yang berjambang itu kini sedang diawasi oleh pihak polis.
Gerak-geri
Dolak-dalik
Tindak-tanduk
Selok-belok
Askar itu memakai baju ______________ agar sukar dikesan oleh pihak musuh.
rompang-ramping
celorong-celoreng
serbah-serbih
compang-camping
Lengan Anisah penuh ___________ setelah dia lalu di kawasan belukar itu.
corat-coret
semak-samun
calar-balar
rumput-rampai
Puan Laila memeluk anaknya _____________ semasa guruh berbunyi.
ketat-ketat
erat-erat
kuat-kuat
dekat-dekat
______________kedengaran laungan azan dari masjid yang terletak di tengah bandar itu.
Jauh-jauh
Sayup-sayup
Hujung-hujung
Halus-halus
Puan Ramlah ________________ belakang bayinya perlahan-lahan supaya segera melelapkan mata.
mengusap-usap
membelai-belai
mengurut-mengurut
menekan-nekan
