wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

K1 T5 BAB 1: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME (BHG1)

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan konsep imperialisme?


 I Sesebuah negara menjajah negara lain

II Usaha sesebuah negara meluaskan pengaruh

III Dasar negara penjajah yang ingin meluaskan wilayah

IV Kuasa-kuasa Eropah menjajah ke seluruh pelosok dunia

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

2.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kegiatan kuasa imperialis barat di Asia Tenggara?


I Portugal adalah kuasa Barat terawal menjajah Asia Tenggara

II Sepanyol dan Amerika Syarikat silih berganti menjajah Filipina

III Belanda dan Perancis bekerjasama menjajah IndoChina dan Indonesia

IV British menjajah Myanmar, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

3.

Apakah reaksi penduduk tempatan terhadap kuasa imperialis Barat yang menjajah Asia Tenggara?

a)

Bekerjasama dengan kuasa Barat

b)

Menentang habis-habisan kuasa Barat

c)

Memodenkan peralatan perang untuk menentang kuasa Barat

d)

Memberi layanan baik pada peringkat awal kedatangan kuasa Barat

4.

Apakah bukti yang menunjukkan kedudukan Asia Tenggara amat strategik sehingga menarik minat imperialis Barat?

a)

Berada di kawasan yang subur

b)

Terletak di zon ekonomi yang pesat

c)

Kedudukannya di antara laluan China dan India

d)

Letakkannya di kawasan petempatan yang amat padat

5.

Revolusi Industri telah menyebabkan kepesatan sektor perindustrian pada abad ke-17 di Eropah.

Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas pedagang Eropah yang berdagang di Asia Tenggara?


I Pasaran baru diperlukan

II Bahan mentah amat dikehendaki

III Semangat imperialisme semakin berleluasa

IV Tumpuan terhadap Asia Tenggara lebih diutamakan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Antara berikut yang manakah bahan mentah utama di Asia Tenggara yang amat diperlukan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-18?


I Tebu

II Kayu jati

III Bijih timah

IV Kelapa sawit

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

7.

Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh negara China dan India pada kaca mata imperialis Barat jika dibandingkan dengan negara-negara di Asia Tenggara?

a)

Pasaran yang luas

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Rundingan mudah dijalankan

d)

Persefahaman erat boleh diwujudkan

8.

Rajah menunjukkan perjalanan antara Eropah dan Asia, X ialah

a)

tasik

b)

taliair

c)

sungai

d)

terusan

9.

Mengapakah pengenalan kapal berkuasa wap penting dari segi kemajuan ekonomi kuasa Barat?

I Membawa muatan barang dagang dengan banyak

II Memendekkan jarak perjalanan ke Timur

III Mempercepatkan perjalanan ke Timur

IV Menjimatkan kos dan lebih selamat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

10.

Antara berikut yang manakah kesan langsung penciptaan telegraf ke atas perhubungan antara Barat dan Timur?

I Urusan perdagangan dipermudahkan dan seterusnya membawa kepada kepesatan perdagangan antarabangsa

II Kuasa imperialis Barat dapat memberi arahan kepada pegawainya di tanah jajahan dengan cepat

III Ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakilnya di timur dengan berkesan

IV Kapal berkuasa wap kurang penting selepas terciptanya telegraf

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Mengapakah kuasa Barat bersaing sesama mereka untuk meluaskan jajahan di Asia?

a)

Memajukan penduduk jajahan

b)

Menunjukkan kekuatan dan kekayaan

c)

Menguruskan pentadbiran penduduk tempatan

d)

Membangunkan prasarana dan kemudahan awam

12.

'Barat mendakwa mereka lebih bertamadun dan bertanggungjawab memimpin orang Timur untuk maju.'


Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?

I Barat perlu maju

II Beban orang putih

III Tugas menyebarkan tamadun

IV Penyebaran ketamadunan Eropah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

13.

Mengapakah kuasa Barat yang berjaya menguasai Asia Tenggara ingin menggantikan sistem pemerintahan beraja tempatan?

a)

Memantapkan politik tempatan

b)

Menguasai adat dan budaya tempatan

c)

Memperkenalkan sistem birokrasi Barat

d)

Memberi kerjasama dari segi pentadbiran

14.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara?


I Gabenor Jeneral menjadi ketua pentadbir tanah jajahan

II Pegawai barat berkongsi kuasa dengan pembesar tempatan

III Undang-undang Barat bercampur aduk dengan adat tempatan

IV Kerajaan pusat dibentuk melalui penyatuan wilayah tanah jajahan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

15.

Pernyataan di atas adalah sistem pentadbiran tempatan sebelum penjajahan.

a)

Indonesia

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Burma

16.

Pemerintah yang dikenali sebagai Encomiendero amat dibenci oleh penduduk tempatan di Filipina. Antara berikut yang manakah tugas pemerintah ini?


I Menjamin keamanan

II Menjaga kebajikan rakyat

III Menyebarkan agama Kristian

IV Melaksanakan perintah kerahan tenaga

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

17.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem politik sebelum kedatangan Belanda di Indonesia?


I Beberapa buah kerajaan berasingan muncul di Jawa

II Pemerintahan tempatan diketuai oleh bupati

III Raja berkongsi kuasa dengan pembesar

IV Kerajaan diketuai oleh raja yang kuat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

18.

Bagaimanakah Belanda cuba melaksanakan sistem pentadbirannya setelah mereka berjaya menguasai Indonesia?


I Memberikan Gabenor Jeneral kuasa sebagai ketua pentadbiran pusat dan tempatan

II Mewujudkan Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pelajaran dan Pertanian

III Meletakkan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran

IV Menubuhkan Volksraad untuk menguatkan kuasa

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

19.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan amalan sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung di Burma?


I Raja dibantu oleh Hlluttaw dan Wun

II Raja mendapat bantuan Pegawai Diraja

III Raja amat memusuhi golongan sami Buddha

IV Raja mengenepikan golongan pembesar tradicional

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.

Dalam Perang Inggeris-Burma III, British telah menang dan berjaya menguasai seluruh Burma.

Apakah kesan kemenangan British ke atas golongan raja dan pembesar tempatan?


I Institusi raja disingkirkan

II Dinasti Konbaung ditumbangkan

III Semua peringkat jawatan pembesar tradisional dihapuskan

IV Fungsi raja sebagai penaung sami Buddha diambil alih oleh undang-undang Barat

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV