NEW
Font size
Worksheets[T2] Tajuk 04 : Seni Cetakan
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Apakah keunikan seni cetakan berbanding
dengan karya seni halus yang lain?
Proses menerap
Menggunakan blok
Menggunakan kertas atau kain
Kuantiti edisi
Apakah fungsi sekuji?
Alat untuk mengukir plat
Untuk mencairkan dakwat cetak
Meratakan dakwat atau warna
Meregangkan pemidang
Manakah antara berikut merupakan teknik
dalam kaedah seni cetakan saring sutera?
Gurisan asid
Foto emulsi
Potongan lino
Line engraving
Apakah teknik yang digunakanarya dalam karya seni cetakan Awang Damit bertajuk E.O.C Monumen of the Past II, 1992 yang dihasilkan ketika beliau sedang belajar di ITM Kampus Dungun?
Kolaj
Gurisan asid
Potongan lino
Potongan kayu
Apakah jenis karya seni cetakan berdasarkan penyataan dibawah?
“Dihasilkan daripada permukaan seni cetakan yang mendatar. Litografi sifat penolakan minyak dengan air. Blok batu kapur menjadi blok persembahan imej. Menghasilkan seni cetakan yang hampir sama dengan lukisan pensel”.
Cetakan Kaedah Timbulan (Relief )
Cetakan Kaedah Saring Sutera (Serigrafi)
Cetakan Kaedah Benaman (Intaglio )
Cetakan Kaedah Permukaan (Planografi)
Apakah jenis karya seni cetakan berdasarkan penyataan dibawah?
“Dakwat digelekkan ke atas permukaan tapak cetak dan bukan ke dalam alur turisan. Merupakan kaedah tertua dalam seni cetakan”.
Cetakan Kaedah Timbulan (Relief )
Cetakan Kaedah Saring Sutera (Serigrafi)
Cetakan Kaedah Benaman (Intaglio )
Cetakan Kaedah Permukaan (Planografi)
Apakah jenis karya seni cetakan berdasarkan penyataan dibawah?
“Proses melukis dengan cara mengukir pada plat logam atau kayu. Dakwat cetak diletakkan di dalam alur turisan dan dicetak menggunakan pemampat atau penggelek”.
Cetakan Kaedah Timbulan (Relief )
Cetakan Kaedah Saring Sutera (Serigrafi)
Cetakan Kaedah Benaman (Intaglio )
Cetakan Kaedah Permukaan (Planografi)
Apakah jenis karya seni cetakan berdasarkan penyataan dibawah?
“Kain sutera akan diregangkan di atas kayu pemidang. Imejnya terhasil melalui keratan kertas akhbar (newsprint), profilem atau foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas atau kain”.
Cetakan Kaedah Timbulan (Relief )
Cetakan Kaedah Saring Sutera (Serigrafi)
Cetakan Kaedah Benaman (Intaglio )
Cetakan Kaedah Permukaan (Planografi)
Era kontemporari seni cetakan, iaitu seni cetakan konvensional kepada digital bermula pada?
1960-an
1970-an
1980-an
1990-an
Akuatin dan mezotin merupakan bahan utama kaedah cetakan?
Relief
Serigrafi
Intaglio
Planografi
