WorksheetsSains Tingkatan 4 Bab 1 (Revisi)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah faktor yang mempengaruhi keputusan suatu eksperimen?
Hipotesis
Inferens
Pemboleh ubah
Kesimpulan
Suatu eksperimen dijalankan untuk membuktikan bahawa semakin besar luas keratan rentas dawai, semakin rendah rintangannya. Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini?
Rintangan dawai
Panjang dawai
Diameter dawai
Suhu
Dalam satu eksperimen ayunan bandul ringkas, seorang pelajar ingin mengkaji hubungan antara panjang tali dengan bilangan ayunan dalam masa seminit. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemboleh ubah bergerak balas?
Masa
Panjang tali
Berat bandul
Bilangan ayunan
Tayar getah tidak harus dibakar secara terbuka kerana akan menghasilkan bahan pencemar dan gas toksik ke udara. Sikap saintifik atau nilai murni yang manakah diamalkan?
Berhemah tinggi dan hormat-menghormati
Yakin dan berdikari
Menghargai keselamatan diri, orang lain dan persekitaran
Menghargai sumbangan sains
Kita seharusnya mengasingkan bahan yang dapat dikitar semula semasa membuang sampah. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?
Bertanggungjawab dengan tidak membazirkan sumber semula jadi
Berjimat-cermat dan berhati-hati
Bersifat ingin tahu tentang alam sekitar
Adil dan saksama
Antara yang berikut, sikap yang manakah wajar dalam sains?
Bersikap konservatif
Bersikap agresif
Sistematik semasa mengumpul data
Menjadi seorang yang sering menimbulkan masalah
Asid pekat yang telah digunakan dalam satu eksperimen tidak dituang ke dalam sinki. Sikap saintifik yang manakah telah diamalkan?
Bersyukur terhadap Tuhan
Menjaga alam sekitar daripada tercemar
Berjimat-cermat dengan menggunakan semula asid
Menghargai sumbangan sains
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam kaedah penyiasatan saintifik.
P = Membentuk hipotesis
Q = Membuat kesimpulan
R = Mengenal pasti pemboleh ubah
S = Memerhati dan mengumpul
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan langkah yang betul?
R - P - S -Q
P - R - S - Q
S - P - R - Q
R - S - P - Q
Mengapakah penggunaan kaedah dan teknik harus dirancang sebelum memulakan suatu penyiasatan saintifik?
Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat
Untuk memudahkan pengumpulan data
Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat
Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah
Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali
menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan
menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan
memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan
menentukan cara untuk mengumpulkan data
