NEW
Font size
Worksheetskata nama
Total questions: 19
Worksheet time: 10mins
1.__________ itu bertungkus lumus mengerjakan sawahnya.
Peniaga
Penjaja
Petani
Nelayan
2.Beberapa ekor ______ bergayut pada sebatang pokok.
lipas
kera
beruang
tenggiling
3.Murid-murid sedang bersenam di _______
pawagam
kilang
perpustakaan
padang
4._______ baju Shazali tertanggal pada pagi tadi.
Suis
Kocek
Skru
Butang
5.Tumbuhan itu mempunyai ____ yang tajam
duri
bunga
akar
kelopok
6.Pavindran telah membeli sebuah ______ di pameran komputer itu.
pencetak
komputer
tetikus
disket
7.Beribu-ribu batang pokok getah ditanam di ________ itu.
ladang
paya
kolam
tasik
8.________ itu telah mengadili perbicaraan tersebut tanpa berat sebelah.
peguam
pengawal
hakim
pegawai
9.Wanita tua itu menuntun _______ di tepi jalan raya.
kereta api
kapal
kereta
basikal
10._______ peliharaan Pak Seman meragut rumput di padang yang luas.
zirafah
itik
kambing
ayam
11.Kasut sukan berjenaman_____ dijual dengan harga yang berpatutan.
Taman Ehsan
Singapura
Kamus Sari
Niko
13.Pak Cik Borhan menggunakan _____ yang baru dibelinya untuk menggembur tanah.
gergaji
gunting
penukul
cangkul
14.Kakak Fazi menggunakan ______ untuk mencedok sup yang dimasak tadi.
senduk
gelas
garpu
pisau
15.Alam persekolahan adik bermula di ________.
Bank Jaya
Tadika Gembira
Dewan Perdana
Stesen Kuala Lumpur
16._______ dibuka di taman perumahan itu untuk memudahkan penduduk melakukan transaksi kewangan.
Klinik LIm
Bank Permai
Pasar Raya KK
Balai Polis Ampang
17._______ merupakan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahasa Malaysia
Profesor Ali
Hang Tuah
Sultan Ahmad
18.Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Taman Malim berjaya tiba di puncak ______ pada pagi tadi.
Sungai Rejang
Gunung Tahan
Pejabat Pos Desa
Taman Tasik Titiwangsa
19.___________ merupakan lambang bagi negara Malaysia.
Radio Televisyen Malaysia
Utusan Malaysia
Sukan Malaysia
Jalur Gemilang
20.Haiwan peliharaan Suzana,_____ suka makan ikan dan minum susu.
Si Comel
Sang kancil
Sang Semut
Sang Rangkak
