WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
1 “ Izinkan _______________ mengiringi tuanku berburu di hutan,” kata Laksamana Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
baginda
tuanku
patik
beta
Soalan 2 berdasarkan gambar di atas:
Beberapa ekor semut _______________ seketul gula yang tertumpah di atas lantai.
mengerumuni
mengalihkan
mengelilingi
memusingkan
3 Novel ‘Isteri Tuan Ihsan’ yang _______________ oleh Sara Kyoko mendapat sambutan hangat.
dicipta
direka
dikarang
dilakar
4 Kanak-kanak yang _______________ itu amat pandai menari.
ayu
kacak
comel
anggun
5 Cikgu Khuzaimah berasa gembira ______________ kesemua anak muridnya lulus dalam ujian percubaan UPSR.
jika
agar
tetapi
kerana
6 Kita _______________ menghormati ibu bapa kerana merekalah yang membesar dan mendidik kita.
mesti
mahu
boleh
sedang
7 Mereka menunggu Cornelia _______________ hadapan pintu pagar sekolah.
di
ke
dari
untuk
8 Umairah ialah anak _______________ daripada tiga orang adik-beradik.
para
kedua
segala
setengah
9 Dahi Kim Hock benjol kerana terhantuk pada ______________ meja.
belakang
bawah
celah
bucu
10 Pulau Langkawi sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara _______________ pada musim cuti sekolah.
padahal
selepas
namun begitu
lebih-lebih lagi
11 Ayah telah ______________ kakak sebuah komputer baharu sempena hari jadinya.
dihadiahi
dihadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
Soalan 12 berdasarkan gambar di atas.
Emak masih menggunakan _______________ untuk menghancurkan rempah walaupun di rumah ada pengisar.
batu bersurat
batu giling
batu kelilir
batu hampar
13 Hakim itu dituduh bersikap _______________ ketika mengadili pertandingan pidato tersebut.
pilih bulu
hentam keromo
berat sebelah
lepas tangan
14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Mengapakah kempen ‘Tak Nak Merokok’ dilancarkan oleh kerajaan?
Mengurangkan penjualan rokok kepada remaja.
Mendidik masyarakat agar menghentikan tabiat merokok.
Memberitahu orang ramai tempat-tempat yang dilarang merokok.
Memberi penerangan tentang bahayanya merokok.
15 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Jangan kamu mandi lagi di lombong itu. Bahaya,” kata Jamal kepada Salim.
Jamal menasihati Salim supaya tidak mandi lagi di lombong itu kerana bahaya.
Jamal melarang Salim supaya tidak mandi lagi di lombong yang bahaya itu.
Jamal marah kepada Salim kerana dia masih lagi mandi di lombong yang bahaya.
Jamal mengajak Salim mandi lagi di lombong itu kerana bahaya.
