wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Moral - Bab 7 : Berperikemanusiaan

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Maksud perikemanusiaan ialah

a)

Sifat seseorang yang mendahului kepentingan diri sendiri berbanding orang lain

b)

Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong dan mengasihani

c)

Sifat tidak menjaga sensitiviti orang sekeliling

2.

Berikut merupakan antara perlakuan berperikemanusiaan. Kecuali

a)

Memberi sumbangan kepada orang miskin

b)

Melayan pekerja dengan baik

c)

Merasakan diri lebih baik berbanding orang lain

d)

Memelihara dan memulihara alam sekitar

3.

Berikut merupakan kepentingan berperikemanusiaan. Kecuali?

a)

Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang

b)

Keselamatan masyarakat terjamin

c)

Melahirkan masyarakat yang harmoni

d)

Menjadi masyarakat yang pentingkan kebebasan

4.

Apabila nilai kemanusiaan diabaikan, manusia terdorong mengambil tindakan negatif yang mana impaknya boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat.


Berikut merupakan kesan pengabaian sikap berperikemanusiaan. Kecuali?

a)

Hilangnya maruah dan harga diri

b)

Kebajikan warga tua terabai

c)

Tekanan jiwa dan emosi

d)

Nasib orang miskin akan terbela

5.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa toksik ke dalam sungai menyebabkan pelbagai hidupan akuatik mati.


Sebagai individu yang berperikemanusiaan apakah tindakan yang patut dilakukan untuk memelihara alam sekitar?

a)

Membersihkan sendiri sisa toksik di dalam sungai

b)

Melaporkan kejadian yang berlaku kepada pihak berkuasa

c)

Mengetatkan undang-undang bagi kesalahan pembuangan sisa toksik secara haram

d)

Menganjurkan kempen 'Sayangi Alam Sekitar'

6.

Seorang pemuda OKU datang ke pejabat pos untuk membayar pelbagai bil utiliti. Ketika sampai di pejabat pos, dia mendapati ramai orang sedang berbaris panjang. Dia beratur untuk mendapatkan gilirannya.


Sekiranya anda berada dalam barisan itu, apakah tingkah laku berperikemanusiaan patut dilakukan?

a)

Membiarkan pemuda OKU itu beratur mengikut giliran yang diperolehinya

b)

Meneruskan barisan tanpa memperdulikan pemuda OKU tersebut

c)

Membenarkan pemuda OKU itu untuk terlebih dahulu menyelesaikan urusan

7.

Berikut merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berfungsi melaksanakan aktiviti kemanusiaan. Kecuali?

a)

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA

b)

Persatuan Kebajikan Flora dan Fauna

c)

Persatuan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa

d)

Persatuan Haiwan Malaysia

8.

Apakah peranan yang dimainkan oleh Anjung Singgah yang ditadbir oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN)?

a)

Membantu anjing dan kucing terbiar

b)

Membantu menanam semula hutan yang dimusnahkan

c)

Membantu golongan gelandangan

d)

Membantu Golongan Kurang Upaya (OKU)