WorksheetsMATEMATIK -OPERASI ASAS
Total questions: 10
Worksheet time: 3hrs 30mins
Pekerja di sebuah kilang gula-gula membungkus 818 832 gula-gula ke dalam paket-paket kecil. Setiap paket diisi dengan 8 biji gula-gula. Berapakah bilangan paket gula-gula yang ada?
+
−
×
÷
Amin Sdn. Bhd. menghasilkan 40 560 biji bateri dalam masa 1 hari. Berapakah bilangan biji bateri yang dihasilkan dalam masa seminggu?
+
−
×
÷
Sebuah syarikat penerbitan buku menerima tempahan buku sebanyak 562 080. 386 420 buah buku telah diedarkan kepada pembeli. Berapakah bilangan buku yang masih belum diedarkan?
+
−
×
÷
Sebuah pejabat pos menerima 93 152 pucuk surat untuk dihantar pada bulan Jun dan 347018 pucuk surat untuk dihantar pada bulan Julai. Berapakah bilangan pucuk surat yang diterima pejabat pos bagi bulan Jun dan Julai?
+
−
×
÷
Bilangan 'subscriber' bagi dua laman Youtube adalah 368 000 dan 236 850. Berapakah perbezaan 'subscriber' bagi kedua-dua laman Youtube?
+
−
×
÷
Terdapat 450 penumpang boleh dimuatkan dalam satu kapal terbang. Berapakah bilangan penumpang yang boleh dimuatkan dalam 100 kapal terbang yang sama jenis dan saiznya?
+
−
×
÷
384 600 uncang teh perlu dimasukkan ke dalam kotak pembungkusan. Setiap kotak hanya boleh memuatkan 100 uncang teh sahaja. Berapakah bilangan kotak pembungkusan yang dapat disediakan?
+
−
×
÷
Perpustakaan Awam Daerah Pontian mempunyai 285 176 buah buku. Manakala Perpustakaan Daerah Batu Pahat mempunyai 300 000 buah buku. Berapakah jumlah bilangan buku di kedua-dua Perpustakaan Awam Daerah ini?
+
−
×
÷
Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ingin mendermakan 500 000 helai penutup hidung dan mulut. Berapakah bilangan kotak penutup hidung dan mulut yang perlu dibeli NGO jika setiap kotak mengandungi 50 helai penutup hidung dan mulut?
+
−
×
÷
Syarikat Manis telah menghasilkan 200 000 batang aiskrim untuk jualan di sebuah karnival. Selepas seminggu, terdapat 1 234 batang stok aiskrim yang masih tinggal. Berapakah bilangan batang aiskrim yang telah terjual?
+
−
×
÷
