wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UPSR BM 2

Total questions: 28

Worksheet time: 1hrs 2mins

Name
Class
Date
1.

Setelah sultan mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan kepada putera ______.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

beta

d)

nya

2.

Di _________ pokok itu, tumbuh sekaki cendawan yang besar saiznya.

a)

penjuru

b)

hujung

c)

dasar

d)

pangkal

3.

Tapak tangan Pak Hassan ________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.

a)

menggelupas

b)

menggerutu

c)

melecur

d)

melecet

4.

Saya _________ menuntut di Universiti Putra Malaysia enam tahun yang lalu.

a)

mahu

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

5.

Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan yang _______ untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

a)

suci murni

b)

mesra alam

c)

mudah alih

d)

mesra pengguna

6.

Tunku Abdul Rahman merupakan _________ ulung yang banyak berjasa kepada negara.

a)

negarawan

b)

usahawan

c)

sejarawan

d)

dermawan

7.

Di tepi tangga rumah nenek ada ___________ tempayan yang digunakan untuk menadah air hujan.

a)

sebiji

b)

sebuah

c)

seketul

d)

setongkol

8.

________ penonton akan dihiburkan dengan ________ persembahan daripada murid tahun satu.

a)

Ramai ..... sedikit

b)

Para ...... beberapa

c)

Kebanyakan ..... para

d)

Beberapa ..... sesetengah

9.

Kemajuan dari segi material dengan kemajuan dari segi moral harus kita ________ untuk mewujudkan sebuah negara yang bertamadun.

a)

seimbang

b)

diimbang

c)

imbangi

d)

imbangan

10.

Bahagian _________ yang menyokong bumbung rumah itu telah patah akibat dihempap pokok kelapa.

a)

kekisi

b)

tetupai

c)

kekuda

d)

tetambak

11.

Radhi dan Zain mendayung perahu _________ arus bagi menyelamatkan diri daripada hanyut di kawasan jeram yang sangat curam.

a)

mengharung

b)

menyusur

c)

mengikut

d)

menongkah

12.

Banjir besar yang _______ kampung itu menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh penduduk amat besar.

a)

ditenggelami

b)

penenggelaman

c)

menenggelami

d)

menenggelamkan

13.

Pilih ayat kata banyak makna yang betul.

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I,II dan III

d)

I,III dan IV

14.

Cikgu Salim memberi kebenaran kepada Anis untuk ke kedai buku.

a)

Anis meminta kebenaran untuk pergi ke kedai buku

b)

Anis mendapat kebenaran daripada Cikgu Salim untuk pergi ke kedai buku.

c)

Anis dan Cikgu Salim mendapat kebenaran untuk ke kedai buku.

d)

Cikgu Salim mendapat kebenaran daripada Anis untuk ke kedai buku.

15.

Ketika Azam ditimpa kesusahan, Husinlah yang sering menolongnya. Pilih perkataan sinonim bagi kesusahan.

a)

padah

b)

musibah

c)

cabaran

d)

kemalangan

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kedua-dua mangsa kebakaran itu ditempatkan di unit rawatan rapi.

b)

Para-para pekerja memasukkan nanas ke dalam bakul.

c)

Semua murid-murid dikehendaki menghantar laporan mereka segera.

d)

Nenek mencabut pucuk ubi di belakang rumahnya.

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan murah senyuman ?

a)

Senyuman yang sentiasa terukir.

b)

Senyuman yang sengaja dibuat-buat.

c)

Senyuman boleh dibeli dengan harga murah.

d)

Senyuman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

18.

Berpandukan puisi di atas, apakah kesannya jika kita selalu membantu orang lain ?

a)

Kita akan disenangi oleh rakan-rakan.

b)

Kita mendapat pujian orang sepanjang masa.

c)

Kita dapat meringankan beban orang lain.

d)

Kita dapat hidup dalam keadaan harmoni.

19.

Bagaimanakah caranya untuk hidup dalam harmoni ?

a)

Kita mestilah bersikap rendah diri.

b)

Kita hendaklah berbudi bahasa sepanjang masa.

c)

Kita sepatutnya menghormati orang lain.

d)

Kita hendaklah tegur menegur antara satu sama lain.

20.

Peribahasa yang sesuai dengan rangkap terakhir puisi di atas ialah

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

c)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah.

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

21.

Siti ________ apabila namanya diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah.

a)

kehairanan

b)

ketakutan

c)

kegirangan

22.

Hadi terpaksa ________ basikalnya yang rosak sewaktu pulang dari sekolah.

a)

mengayuh

b)

menuntun

c)

menunggang

23.

Inilah kali pertama Murni _______ kakinya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

a)

menghulurkan

b)

menjejakkan

c)

memijakkan

24.

Nyatakan betul atau salah bagi kata penguat berdasarkan ayat dibawah.


Budak kecil ini amat pintar betul.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Nyatakan betul atau salah bagi kata penguat berdasarkan ayat dibawah.


Pesawat itu mendarat dengan laju sekali lalu terbabas di hujung landasan.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Nyatakan betul atau salah bagi kata penguat berdasarkan ayat dibawah.


Pintar sangat Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.

a)

Betul

b)

Salah

27.

Tulis ayat seruan yang paling sesuai berdasarkan gambar yang diberi.

(a)  

28.

Bina ayat tanya berdasarkan gambar di bawah.

(a)