wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T4 KSSM BAB 1

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Antara peralatan perlindungan diri berikut, yang manakah berfungsi untuk melindungi mata daripada terkena bahan kimia?

a)

Baju makmal

b)

Gogal

c)

Topeng muka

d)

Kaca mata hitam

2.

Umairah ditugaskan untuk mencampurkan asid pekat dan air semasa menjalankan satu eksperimen di dalam makmal. Di manakah tempat yang sesuai digunakan oleh Umairah?

a)

Di dalam singki

b)

Di dalam kabinet aliran laminar

c)

Di dalam kebuk wasap

d)

Di atas meja makmal

3.

Semasa menjalankan eksperimen kesan bendasing terhadap takat didih air, mata Zarif terkena percikan larutan air garam. Sebagai ahli kumpulan Zarif, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

P: Mengelap bahagian mata Zarif menggunakan tuala

Q: Memaklumkan guru

R: Membilas menggunakan penyiram mata

S: Meniup mata Zarif

a)

P dan Q

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

Q dan S

4.

Antara bahan yang berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki?

a)

Air garam

b)

Minyak masak

c)

Asid hidroklorik pekat

d)

Ammonia yang mempunyai pH 12

5.

Pelupusan bahan sisa X:

Dibalut dengan bahan penyerap Dibungkus dengan rapi dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

Apakah bahan sisa X?

a)

Jarum

b)

Kaca

c)

Agar-agar kering

d)

Bangkai tikus yang digunakan dalam eksperimen

6.

Nayli telah menjalankan eksperimen menggunakan darah ayam. Apakah yang perlu dilakukan oleh Nayli untuk melupuskan sisa selepas dia habis menjalankan eksperimen?

a)

Dinyahkontaminasi secara autoklaf dan dilupuskan terus ke dalam singki makmal

b)

Dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku

c)

Dimasukkan ke dalam bekas khas

d)

Dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg plastik biobahaya

7.

Susun langkah menguruskan tumpahan bahan kimia di bawah dengan betul.

W: Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan

X: Kaut tumpahan bahan kimia

Y: Segera memberitahu guru

Z: Buang dengan selamat

a)

WXYZ

b)

ZWXY

c)

YWXZ

d)

XWYZ

8.

Mengapakah merkuri berbahaya kepada manusia?

a)

Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal

b)

Merkuri boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat

c)

Merkuri boleh menyebabkan strok

d)

Merkuri boleh menyebabkan sawan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan peralatan perlindungan diri?

a)

Kelengkapan diperlukan untuk memberikan perlindungan

b)

Melindungi diri kita daripada bahaya

c)

Kelengkapan diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya

d)

Pakaian khas makmal yang melindungi pemakai daripada bahaya

10.

Rajah atas menunjukkan alat pemadam kebakaran. Apakah jenis kebakaran yang boleh dipadam menggunakan alat pemadam kebakaran di atas

a)

Kebakaran melibatkan gas

b)

Kebakaran melibatkan peralatan

elektrik

c)

Kebakaran melihatkan minyak masak

d)

Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal (kecuali logam)

11.

Rajah atas menunjukkan sepasang sarung

tangan.

Antara berikut, yang manakah bukan

fungsinya?

a)

Melindungi tangan daripada bahan kimia

b)

Melindungi tangan semasa melakukan

eksperimen

c)

Melindungi tangan supaya tidak kasar

d)

Melindungi tangan apabila mengangkat

benda berat

12.

K, L, M dan N merupakan langkah-langkah

menggunakan alat pemadam kebakaran untuk

memadamkan api.

K: Cabut pin untuk melepaskan tuil.

L: Hala nozel atau hos ke dasar api.

M: Tekan tuil untuk mengeluarkan bahan

pemadam. Untuk berhenti, lepaskan tuil.

N: Gerakkan hos ke kiri ke kanan. Gerak ke

arah api dengan berhati-hati.

a)

K, L, M, N

b)

M, K, L, N

c)

L, M, K, N

d)

N, M, L, K

13.

Berikut adalah alat pemadam kebakaran yang

patut berada di makmal sekolah kecuali

a)

selimut api

b)

baldi berisi air

c)

baldi berisi pasir

d)

alat pemadam kebakaran

14.

Pemadam api jenis karbon dioksida sesuai

digunakan untuk memadam kebakaran yang

berpunca daripada

I kertas

II minyak

III elektrik

a)

I sahaja

b)

I dan II sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II dan III

15.

Antara berikut, yang manakah bukan peralatan

perlindungan diri?

a)

Baju makmal

b)

Bikar

c)

Topeng muka

d)

Kebuk wasap