wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Test sejarah tingkatan 1

Total questions: 47

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan historia berasal daripada

a)

Bahasa Itali

b)

Bahasa Yunani

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Portugis

2.

"What is history?" merupakan salah satu bahan berkaitan dengan pengertian sejarah. Tokoh sejarawan manakah yang dikaitkan dengan karya tersebut?

a)

E. H Carr

b)

Herodotus

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

3.

Berapa lamakah tempoh ruang masa dekad?

a)

10 tahun

b)

50 tahun

c)

100 tahun

d)

1000 tahun

4.

"Alatan ciptaan manusia"

Apakah istilah yang sesuai digunakan dengan pernyataan berikut?

a)

Ekofak

b)

Artifak

c)

Jurnal

d)

Fosil

5.

Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan tafsiran dalam sejarah antara sejarawan?

a)

Tujuan penulisan

b)

Taraf pendidikan

c)

Perbezaan warna kulit

d)

Pemilihan sumber yang pelbagai

6.

Antara berikut yang manakah kepentingan mempelajari sejarah?

a)

Mengambil ikhtibar

b)

Mengenal asal usul

c)

Meningkatkan pendapatan

d)

Menaik taraf sistem pendidikan

7.

Istilah 'geologi' berasal daripada perkataan Greek, iaitu geo dan logia. Apakah maksud istilah geo?

a)

Sains

b)

Bumi

c)

Suhu

d)

Air

8.

Berapakah usia bumi sepertimana yang dinyatakan oleh ahli sains?

a)

3.3 bilion tahun

b)

3.8 bilion tahun

c)

4.3 bilion tahun

d)

4.6 bilion tahun

9.

Dinosaur telah mengalami kepupusan. Berapakah usia bumi ketika kepupusan tersebut berlaku?

a)

45 juta tahun dahulu

b)

50 juta tahun dahulu

c)

87 juta tahun dahulu

d)

94 juta tahun dahulu

10.

Apakah tahap zaman Air Batu yang terbentuk antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu?

a)

Zaman miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Holosen

d)

Zaman Pleistosen

11.

Berapakah ukuran peningkatan suhu dunia semasa Zaman Air Batu Akhir?

a)

Enam darjah celcius

b)

Tujuh darjah celcius

c)

Lapan darjah celcius

d)

Sembilan darjah celcius

12.

Antara berikut kawasan manakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia Tenggara?

a)

Teluk Siam

b)

Selat Melaka

c)

Pentas Sunda

d)

Laut China Selatan

13.

Gobekli Tepe menjadi kawasan penempatan Zaman Prasejarah di Turki. Pada tahun bilakah kawasan tersebut didiami oleh manusia?

a)

8000 sm

b)

10 000 sm

c)

12 000 sm

d)

14 000 sm

14.

Antara berikut bahan makanan manakah yang dikumpulkan oleh manusia Zaman Mesolitik?

a)

Buah-buahan

b)

Kerang

c)

Siput

d)

Rusa

15.

Manusia zaman Neolitik menjalankan aktiviti perdagangan menggunakan sistem

a)

Jual beli

b)

Barter

c)

Kewangan

d)

Pengiraan

16.

"Manusia mula menghasilkan peralatan yang lebih halus dan kemas, terdapat pelbagai alatan seperti alat menggali dan roda." Penyataan ini merujuk kepada zaman?

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

17.

Dari aspek pengumpulan makanan, zaman manakah yang mula menjalankan pertanian dan penternakan untuk mendapatkan makanan?

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

18.

Dari aspek kesenian dan kebudayaan, manusia pada zaman ini di katakan membuat lukisan gua dan lukisan itu bersifat realisme. Hal ini merujuk kepada manusia zaman?

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

19.

Apakah cara pengebumian yang dilakukan oleh manusia Zaman Prasejarah Di Kuala Selingsing, Perak?

a)

Pengebumian keranda kayu

b)

Pengebumian memanjang

c)

Pengebumian tempayan

d)

Pengebumian perahu

20.

Apakah takrif an umum tentang maksud tamadun?

a)

Perkembangan sistem bahasa dan pertuturan

b)

Pencapaian dalam membina alatan perhubungan

c)

Pembinaan monumen yang canggih dan menjadi kebanggaan

d)

Pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'hadari'?

a)

Rumah

b)

Tanah

c)

Bandar

d)

Daerah

22.

"Mudun, madain, madana" berikut merupakan perkataan yang berkaitan dengan tamadun. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut?

a)

Kebudayaan

b)

Sistem kerajaan

c)

Tinggi budi bahasa

d)

Pembukaan bandar

23.

Antara berikut yang manakah menjadi asas pembentukan konsep tamadun dalam Islam?

a)

Al din

b)

Umran

c)

Hadharah

d)

Madaniyyah

24.

Istilah Madaniyyah telah diperkenalkan oleh Ibn Khaldun. Apakah aspek yang di pentingkan oleh istilah tersebut?

a)

Kebendaan

b)

Kerohanian

c)

Kehidupan

d)

Keilmuan

25.

Siapakah golongan terawal yang menjalankan pentadbiran di negara kota?

a)

Bangsawan

b)

Pendeta

c)

Artisan

d)

Raja

26.

"Anyang" merupakan salah satu kota utama. Tamadun awal manakah yang mempunyai kaitan dengan kota tersebut?

a)

Mesopotamia

b)

Mesir Purba

c)

Huang He

d)

Indus

27.

"Tulisan Kuneiform" tulisan ini telah dihasilkan oleh masyarakat tamadun awal. Tamadun manakah yang menggunakan tulisan tersebut?

a)

Tamadun Mesopotamia

b)

Tamadun Mesir Purba

c)

Tamadun Huang He

d)

Tamadun Indus

28.

"Tamadun Indus, Tamadun Huang He dan Tamadun Mesir Purba. " Apakah persamaan lokasi tamadun awal yang disenaraikan tersebut?

a)

Terletak di pinggir laut

b)

Terletak di pinggir bandar

c)

Terletak di Lembah sungai

d)

Terletak di kawasan tanah tinggi

29.

Apakah tanaman utama yang di usahakan di luar kota Ur?

a)

Padi

b)

Bali

c)

Sekoi

d)

Papirus

30.

Bandar Harappa dibina oleh masyarakat Tamadun Indus. Apakah kelebaran jalan raya yang dibinanya?

a)

15 kaki

b)

25 kaki

c)

30 kaki

d)

35 kaki

31.

"Kod Hammurabi" Apakah tamadun yang dikaitkan dengan undang-undang tersebut?

a)

Tamadun Indus

b)

Tamadun Huang He

c)

Tamadun Mesir Purba

d)

Tamadun Mesopotamia

32.

Apakah sistem tulisan yang telah dihasilkan oleh masyarakat tamadun Indus?

a)

Kunieform

b)

Piktograf

c)

Hieroglif

d)

Ideogram

33.

Apakah kemahiran utama masyarakat Tamadun Huang He?

a)

Membina rumah

b)

Membuat lukisan

c)

Membuat tembikar

d)

Menghasilkan patung

34.

Apakah gelaran bagi raja dalam tamadun Mesir Purba?

a)

Hammurabi

b)

Raja diraja

c)

Kurung Bnam

d)

Firaun

35.

Yang manakah antara binaan bangunan dan kemudahan yang terdapat dalam tamadun Mesir Purba?

a)

Zigurat

b)

Piramid

c)

Sfinks

d)

Kolam mandi besar

36.

Antara berikut yang manakah binaan bangunan dan kemudahan dalam tamadun Indus

a)

Sistem paip dan pembentungan

b)

Bandar terancang, Mohenjo Daro dan Harappa

c)

Taman tergantung Babylon

d)

Zigurat

37.

Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M?

a)

Teknik peperangan

b)

Sistem pentadbiran

c)

Hukum agama Islam

d)

Kaedah perdagangan

38.

Bilakah proses pendokumentasian mula dilakukan oleh Arkib Negara Malaysia ?

a)

Tahun 1950-an

b)

Tahun 1960-an

c)

Tahun 1970-an

d)

Tahun 1980-an

39.

1 abad persamaan?

a)

10 tahun

b)

100 tahun

c)

1000 tahun

d)

1 tahun

40.

Sumber sejarah terbahagi kepada dua, iaitu...

a)

Sumber bukan artifak

b)

Sumber Primer

c)

Sumber arkeologi

d)

Sumber sekunder

41.

Terdapat 5 lautan utama di dunia, antaranya ialah

a)

Lautan Asia

b)

Lautan Artik

c)

Lautan Selatan

d)

Lautan Antartika

42.

Berikut merupakan benua yang terdapat dalam dunia kita kecuali...

a)

Benua Afrika

b)

Benua Antartika

c)

Benua Oceania

d)

Benua pasifik

e)

Benua Hindi

43.

"bahagian perairan laut, menghala ke daratan, dibatasi oleh daratan" Penyataan berikut merujuk kepada...

a)

Selat

b)

Benua

c)

Teluk

d)

Daratan

44.

Manusia mula tahu membuat dan menggunakan api pada zaman?

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

45.

Pada zaman Pleistosen, berlaku glaser utama sebanyak 11 kali. Apakah yang di maksudkan dengan pengglasieran?

a)

Pembekuan air batu

b)

Penyejatan air

c)

Kecairan air batu

d)

Perubahan suhu sejuk

46.

"Mamot, Sloth & harimau bertaring". Pada zaman bilakah haiwan tersebut mengalami kepupusan?

a)

Zaman miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Holosen

d)

Zaman Pleistosen

47.

"Aliran sastera dan seni yang menggambarkan kisah hidup yang sebenar". Apakah istilah yang sesuai digunakan dengan pernyataan berikut?

a)

Estetika

b)

Realisme

c)

Geometri

d)

Simbolisme