wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA ADJEKTIF ( 6CERDAS )

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Air kopi itu terasa _____ kerana belum dibubuh gula.

a)

kelat

b)

pahit

c)

manis

d)

masin

2.

Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.

a)

liat

b)

keras

c)

lembut

d)

lembap

3.

Pusat peranginan itu terletak ______ daripada kebisingan kota.

a)

jauh

b)

dekat

c)

hampir

d)

lama

4.

Permukaan lantai itu menjadi ______ setelah dimop oleh ibu.

a)

lembut

b)

halus

c)

kasar

d)

licin

5.

Pakaian Syafik ______ kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

a)

halus

b)

basah

c)

kembang

d)

sejuk

6.

Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.

a)

berani

b)

takut

c)

elok

d)

jahat

7.

Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.

a)

perlahan

b)

deras

c)

laju

d)

gopoh

8.

Pihak polis telah mengambil tindakan ______ untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang.

a)

lama

b)

segera

c)

lampau

d)

lewat

9.

Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh ________.

a)

garau

b)

merdu

c)

biru

d)

kuat

10.

Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.

a)

merah

b)

biru

c)

kuning

d)

putih

11.

Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______ itu di dalam stor sukan.

a)

lonjong

b)

kempis

c)

lurus

d)

kemik

12.

Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________ buatannya.

a)

jelas

b)

keras

c)

tegap

d)

halus

13.

Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.

a)

pantas

b)

perlahan

c)

lembut

d)

gelojoh

14.

Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.

a)

bengkok

b)

bujur

c)

kempis

d)

lonjong

15.

Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.

a)

rindu

b)

malu

c)

sayang

d)

benci

16.

Bunyi jeritan yang __________ dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.

a)

merdu

b)

nyaring

c)

mersik

d)

bising

17.

Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.

a)

lama

b)

uzur

c)

hodoh

d)

tua

18.

Tiang rumah itu sudah ______ kerana dimakan anai-anai.

a)

reput

b)

kuat

c)

lembut

d)

rapuh

19.

Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________ dengan rumahnya.

a)

awal

b)

jauh

c)

dekat

d)

nyaris

20.

Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________ supaya tidak mudah terurai.

a)

kukuh

b)

teguh

c)

perlahan

d)

kemas

21.

Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________ itu.

a)

tumpul

b)

tajam

c)

panjang

d)

nipis

22.

Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.

a)

gatal

b)

kurus

c)

cantik

d)

payau

23.

Kamariah menjemur tuala yang ______ itu di ampaian.

a)

cerah

b)

basah

c)

kasar

d)

rapuh

24.

Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.

a)

cair

b)

cergas

c)

cerdas

d)

lembap

25.

Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.

a)

cerah

b)

mendung

c)

basah

d)

rebut

26.

Biskut yang dibuat oleh Shasha _______ kerana dibakar terlalu lama.

a)

hangus

b)

kering

c)

hancur

d)

rosak

27.

Abang saya kelihatan sungguh __________ apabila berbaju Melayu dan bersamping.

a)

jelita

b)

gagah

c)

kacak

d)

cantik

28.

Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______ arusnya.

a)

cepat

b)

laju

c)

deras

d)

pantas

29.

Mukanya menjadi _______ setelah mendengar berita _______ itu.

a)

merah…..buruk

b)

pucat….buruk

c)

putih….buruk

d)

pucat…..baik

30.

Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________ sekali.

a)

manis

b)

termanis

c)

manis-manis

d)

paling manis