WorksheetsBAB 2 : MASYARAKAT ISLAM
Total questions: 20
Worksheet time: 2mins
Keadaan masyarakat Arab sebelum ketibaan Islam disifatkan sebagai.......
masyarakat Islam
masyarakat jahiliah
masyarakat yang lemah semangat assabiah
masyarakat yang keadaannya stabil
Perang saudara yang tercetus sesama Arab yang mendorong berlakunya semangat assabiah ialah.......
Perang Khandak
Perang Uhud
Perang al-Fijar
Perang Badar
Apakah semangat yang menjadi teras dan falsafah yang mendasari kehidupan masyarakat jahiliah?
semangat ummah
semangat jihad
semangat assabiah
semangat toleransi
Apakah contoh yang menunjukkan sistem sosial Arab Jahiliah?
Setiap anggota suku mesti mempertahankan sukunya.
Jika salah seorang anggota suku terbunuh, maka kaum keluarganya tidak akan bertanggungjawab menuntut bela.
Tuntutan bela bukan dalam bentuk nyawa atau ganti rugi (diah).
Tidak mencetuskan perang saudara.
Antara usaha Nabi Muhammad SAW untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah........
aktiviti dakwah
menyeru menyekutukan Allah
berlandaskan semangat kabilah
menyeru kejahatan dan meninggalkan kebaikan
Nabi Muhammad menjadikan rumah..................sebagai markas apabila pemeluk agama Islam meningkat kepada 30 orang.
Ali bin Abu Talib
Zaid bin Harithah
al-Arqam bin Abi al-Arqam
Sa'ad bin Abi Waqas
Nabi Muhammad SAW mengadakan usrah dengan memberi....................
nasihat untuk penyembahan berhala
arahan untuk ingkar perintah Allah
amaran untuk menentang ma'ruf
taklimat, tunjuk ajar dan bimbingan kepada orang Islam.
Sambutan daripada penduduk Makkah agak dingin termasuk oleh kaum keluarganya sendiri, iaitu Abu Lahab yang disebabkan oleh sifat............
tamak
angkuh
kejam
penipu
Dari aspek gender, berikut merupakan individu yang mula-mula memeluk Islam pada peringkat sulit, kecuali;
Ali bin Abi Talib
Abu Bakar al-Siddiq
Siti Khadijah
Abu Lahab
Sebab-sebab golongan Musyrikin Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad, kecuali:
mencabar baginda menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi terdahlu.
berasa terhina apabila Nabi Muhammad SAW menyelar agama berhala,
Sikap dan pendirian Abu Talib yang memihak kepada anak saudaranya.
membantu menyebarkan kegiatan berhala.
Berikut merupakan tindakan kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW, kecuali;
menawarkan perempuan, harta kekayaan serta pangkat.
menggunakan cara kompromi iaitu dengan mencadangkan agar Baginda menyembah patung berhala dan mereka menyembah Allah secara bergilir-gilir.
mengambil tindakan keras dengan menyeksa orang Islam.
menyebarkan agama Islam kepada jemaah haji yang datang dari seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Antara sebab-sebab golongan Musyrikin Quraisy menentang Nabi Muhammad SAW dan agama Islam seperti berikut, kecuali;
agama Islam berpegang kepada konsep persamaan taraf sesama manusia.
agama Islam tidak menentang agama menyembah berhala.
takut hari pembalasan pada hari kiamat kerana mereka telah banyak melakukan dosa.
perasaan iri hati terhadap Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi dan Rasul.
Kesan penentangan terhadap Nabi Muhammad menyebabkan...
baginda terpaksa mencari perlindungan dari luar kerana di Makkah tiada orang lagi yang dapat melindunginya.
dakwah baginda terhenti kerana tiada perlindungan diberikan.
baginda lemah semangat untuk meneruskan dakwah.
baginda dan orang Islam tidak melakukan penghijrahan.
Kepentingan peristiwa Isra' dan Mi'raj ialah seperti berikut, kecuali;
membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah.
bermulanya fardu solat lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.
melemahkan iman orang Islam terhadap Nabi Muhammad dan agama Islam.
memperkuat azam orang Islam untuk terus berjuang dan mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Konsep 'Ummah' dari segi umum ialah.....
hanya terbatas pada masyarakat Islam yang tinggal di Madinah berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah.
seluruh penduduk yang tinggal di Madinah (seperti yang disebutkan dalam Piagam Madinah)
persaudaraan dalam Islam yang disatukan menerusi akidah.
persamaan hak dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Golongan Muhajirin merupakan.......
penduduk asal Madinah khususnya suku Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam.
golongan yang menjemput Rasulullah SAW ke Madinah dan kedatangan baginda serta sahabat disambut dengan meriah.
golongan yang terdiri daripada pengikut-pengikut Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.
golongan yang berkorban dari segi tenaga, harta benda, jiwa raga dan sebagainya untuk perjuangan Islam.
Golongan Munafik merupakan......
orang yang berpura-pura memeluk Islam tetapi hati mereka sentiasa benci dan berusaha untuk menghancurkan Islam.
golongan yang mendapat layanan yang baik daripada penduduk Madinah.
ketua rombongan dakwah dari Makkah ke Madinah yang dilantik oleh Nabi Muhammad SAW.
asas kepada perkembangan dakwah dan pembangunan masyarakat Islam.
Ciri-ciri pembentukan masyarakat ummah di Madinah seperti berikut kecuali;
Ketaatan dan kesetiaan kepada negara.
hak dan tanggungjawab
persaudaraan dalam Islam
menolak kandungan Piagam Madinah.
Usaha-usaha penyatuan Ummah seperti berikut, kecuali;
menyusun pentadbiran
mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
Dakwah dan diplomatik
Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah.
Kumpulan-kumpulan baru yang muncul selepas Muhajirin dan Ansar adalah.....
Ahl al-Ayyam dan Qurra'
al-Riddah
Munafiq
Bani Hashim
