wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Set 2 : Kuiz BM Pemahaman Tahun 6 (oleh Cikgu Izwan)

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

“Ampunkan ______________, tuanku,” kata Tun Ali kepada Sultan Abu Bakar.

a)

patik

b)

saya

c)

beta

d)

baginda

2.

Beg yang berat itu tidak _______________ olehnya.

a)

bergalas

b)

penggalas

c)

tergalas

d)

menggalas

3.

Sambutan orang ramai terhadap telefon pintar keluaran terbaharu itu sangat............

a)

lesu

b)

meriah

c)

hambar

d)

bosan

4.

Encik Fairus melayan tetamu yang hadir ke rumahnya dengan penuh

_________________.

a)

kagum

b)

bahagia

c)

indah

d)

mesra

5.

Bola jaring adalah _________________permainan yang

amat digemari di negara kita.

a)

antara

b)

bagi

c)

seperti

d)

umpama

6.

“Kita telah _______________ pelbagai cabaran dan _______________ banyak kejayaan,” kata jurulatih hoki kepada semua pemain.

a)

melalui......menceburi

b)

melalui....mendapati

c)

mendepani....melalui

d)

menghadapi....mengecapi

7.

Belakangan ini, badannya semakin _______________ kerana hilang selera makan.

a)

nipis

b)

susut

c)

kecil

d)

kempis

8.

Suresh _______________ gitar manakala Anthony pula meniup trompet.

a)

memukul

b)

menepuk

c)

memetik

d)

menjentik

9.

Janganlah membuat tuduhan secara ___________________________ sebelum kita mendapat bukti yang kukuh.

a)

separuh tiang

b)

serkap jarang

c)

bidan terjun

d)

khabar angin

10.

Pertunjukan pakaian beragam murid tahun dua baru sahaja habis.


Pilih perkataan sinonim bagi habis.

a)

selesai

b)

berlabuh

c)

tiada

d)

hilang

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "panjang" dengan betul.


I. Adik saya, Aidill memang panjang akal orangnya.

II. Zulhelmi ternyata seorang pelari jarak dekat yang panjang.

III. Fairuzi tidak terangkat guni yang berisi kentang itu kerana panjang.

IV. Perjalanan pulang ke kampung kami mengambil masa yang panjang.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

12.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Sejak akhir-akhir ini, Datuk Rahim selalu termenung kerana mengenangkan syarikatnya yang hampir muflis.

a)

Mengapakah Datuk Rahim selalu termenung sejak akhir-akhir ini?

b)

Bilakah syarikat Datuk Rahim menjadi hampir muflis?

c)

Bagaimanakah keadaan syarikat Datuk Rahim sejak akhir-akhir ini?

d)

Apakah yang selalu dilakukan oleh Datuk Rahim sejak akhir-akhir ini?

13.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

Apakah yang dipertandingkan semasa Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan?

a)

Pertandingan reka cipta tidak dipertandingkan semasa Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan.

b)

Kamu boleh menyertai pertandingan robotik semasa Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan.

c)

Pelbagai jenis robotik yang dipertandingkan semasa Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan.

d)

Minggu Karnival Robotik peringkat kebangsaan mempamerkan pelbagai jenis robotik dari luar negara.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Buku-buku nota Bahasa Inggeris itu tebal-tebal belaka.

b)

Adik sedang memegang sebatang bunga ros merah.

c)

Segerombolan polis berpakaian seragam mengadakan rondaan di kawasan perumahan kami pada minggu lepas.

d)

Kita akan mendapat banyak pengetahuan sekiranya kita rajin ke perpustakaan.

15.

“Saya berharap __________ akan datang beramai-ramai untuk menyertai aktiviti gotong-royong nanti,”pesan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Indah kepada anak-anak buahnya.

a)

anda

b)

kita

c)

awak

d)

kalian

16.

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang menyebabkan keadaan cuaca di negara kita

____________ dan lembap sepanjang tahun.

a)

kemarau

b)

angin

c)

banjir

d)

panas

17.

Stanley berjaya menjiwai wataknya sebagai..............dalam lakonan itu dengan baik sekali.

a)

kakitangan

b)

hulubalang

c)

warganegara

d)

bumiputera

18.

Sultan Mansor Shah hilang selera makan sejak seminggu yang lalu. Keadaan baginda semakin lemah. Apakah yang akan berlaku kepada baginda jika keadaan ini berterusan?

a)

beradu

b)

santap

c)

gering

d)

bersiram

19.

Orang ramai ...........datang untuk membeli-belah sempena jualan gudang yang dibuat di kedai kasut Bata itu.

a)

bertolak-tolak

b)

berpusu-pusu

c)

berlonjak-lonjak

d)

berjengket-jengket

20.

Puan Mariam membeli tiga.......... tikar buluh dan..........pasu tembikar dari Sarawak.

a)

keping.....sebiji

b)

gulung......sebiji

c)

bidang.........sebuah

d)

bidang..........sebentuk