wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIH TUBI TATABAHASA - PERIBAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

A atas pagar

b)

B luar pagar

c)

C gigi air

d)

D bawah angin

2.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________.

a)

A bagai menatang minyak yang penuh

b)

B bagai kucing kehilangan anak

c)

C bagai kacang lupakan kulit

d)

D bagai aur dengan tebing

3.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

A seperti hujan jatuh ke pasir

b)

B seperti menanam tebu di bibir

c)

C seperti membuka pekung di dada

d)

D seperti musuh dalam selimut

4.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

A bagai mencurah air ke daun keladi

b)

B bagai menyusu kera di hutan

c)

C bagai anjing menyalak bukit

d)

D bagai menanam tebu di bibir

5.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________.

a)

A seperti rusa masuk kampung

b)

B seperti kerbau dicucuk hidung

c)

C seperti kera mendapat bunga

d)

D seperti si buta kehilangan tongkat

6.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________.

a)

A seperti tikus jatuh ke beras

b)

B seperti langit dengan bumi

c)

C seperti pungguk rindukan bulan

d)

D seperti mentimun dengan durian

7.

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.

a)

A katak disimbah air

b)

B gagak pulang ke benua

c)

C melukut di tepi gantang

d)

D harimau menyembunyikan kukunya

8.

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana ___________________________.

a)

A lembu kasi

b)

B batik lasam

c)

C kunyit dengan kapur

d)

D garam dengan asam

9.

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.

a)

A melepas anjing tersepit

b)

B bulan penuh purnama

c)

C haruan makan anak

d)

D itik pulang petang

10.

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

A bagai si kudung mendapat cincin

b)

B bagai anjing dengan kucing

c)

C bagai tikus membaiki labu

d)

D bagai kumbang putus tali