NEW
Font size
WorksheetsTAUHID FEQAH TAHUN 6
Total questions: 35
Worksheet time: 35mins
Sam'iyat ialah perkara _________ yang hanya boleh diketahui melalui Al-Quran dan __________.
biasa / Al-Kitab
ghaib / As-Sunnah
luar biasa / Al-Hadis
baik / As-Sunnah
Apakah hukum mempercayai Sam'iyat?
Wajib
Sunat
Harus
Kafir
Berikut adalah perkara Sam'iyat kecuali :
Al-Mahsyar
Al-Barzakh
Al-Kitab
Al-Mizan
Sam'iyat hanya boleh diketahui melalui ______________.
Buku dan kitab
Akal dan fikiran
Buku dan majalah
Al-Quran dan As-Sunnah
Orang yang tidak beriman dengan Sam'iyat dihukumkan __________.
bunuh
kafir
muslim
syurga
Pahala, dosa, alam kubur, mahsyar, syurga, neraka, malaikat, jin, mizan dan sirat adalah contoh perkara-perkara Sam'iyat.
Betul
Salah
Pilih pasangan yang tidak benar:
Mahsyar = tempat berhimpun
Al-Jannah = syurga
Mizan = tempat balasan azab
Sirat = jambatan atau titian
__________ ialah balasan baik bagi seseorang yang melakukan perkara-perkara ketaatan dan meninggalkan perkara-perkara kejahatan yang diharamkan oleh syarak.
Dosa
Syurga
Neraka
Pahala
Dosa ialah balasan _______ bagi seseorang yang melakukan perkara-perkara _______ dan meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan oleh syarak.
baik / maksiat
buruk / maksiat
buruk / ketaatan
neraka / dosa
"Satu alam lain yang dimasuki seseorang yang telah meninggal dunia untuk menunggu kedatangan hari kiamat". Ini adalah pengertian ________.
Alam barzakh
Mahsyar
Mizan
Sirat
"Tempat berhimpun seluruh manusia, jin dan makhluk-makhluk yang hidup dari awal hingga keakhir zaman untuk dihisab segala amalan mereka". Ini adalah ________ mahsyar.
dalil
hikmah
pengertian
syarat
Syurga adalah tempat balasan nikmat yang kekal abadi bagi orang yang ___________.
beriman dan beramal soleh
mukmin yang derhaka
orang kafir
melakukan maksiat
Adalah neraka balasan sementara bagi mukmin yang derhaka yang akan diseksa sekadar banyak dosanya?
Benar
Tidak benar
1.Dijadikan daripada cahaya.
2.Terpelihara daripada maksiat.
3.Tidak makan dan minum dan tidak berjantina.
Siapakah makhluk ini?
Allah
Rasul
Malaikat
Manusia
Jin
Pilih tugas malaikat yang betul:
Jibril = membawa rezeki
Malik = menjaga neraka
Raqib = mencabut nyawa
Israfil = menyampaikan wahyu
Jin diciptakan daripada api dan tidak boleh menjelma dalam bentuk manusia, haiwan dan sebagainya.
Betul
Salah
Apakah alat untuk menimbang amalan yang dilakukan manusia atau jin ketika didunia.
Mizan
Sirat
Mahsyar
Barzakh
Mereka yang berat timbangan kebaikkannya akan dimasukkan kedalam ___________ manakala mereka yang ringan timbangan kebaikkannya akan dimasukkan ke dalam __________.
neraka / syurga
pahala / dosa
syurga / neraka
dosa / pahala
Sirat adalah ____________.
jambatan atau titian yang merentasi neraka Jahannam.
alat timbangan amalan manusia
makhluk Allah yang diciptakan daripada api
nama malaikat
Pilih nama-nama neraka :
Jahannam, Lazho, Adnin
Firdaus, Hutomah, Saqar
Jahim, Hawiyah, Saqar
Na'im, Sa'ir, Jahim
"Menyembelih binatang yang halal dengan menggunakan sesuatu yang tajam selain gigi, kuku dan tulang, dengan syarat-syarat tertentu". Pernyataan ini merupakan _______
cara aqiqah
hikmah qurban
tujuan penyembelihan
pengertian sembelihan
Binatang yang mati tanpa disembelih hukumnya ____________
suci dan halal dimakan
bangkai dan harus dimakan
bangkai dan haram dimakan
bersih dan haram dimakan
1.Niat kerana Allah.
2.Binatang yang halal dimakan.
3.Mati dengan sekali sembelihan.
Berikut merupakan ___________ sembelihan.
pengertian
syarat sah
kaifiat
hikmah
Antara hikmah sembelihan ialah dapat mengeluarkan semua darah binatang sembelihan dengan perlahan.
Betul
Salah
Apakah hukum memakan binatang yang halal dimakan tetapi disembelih oleh orang bukan Islam?
Haram
Halal
Harus
Makruh
Bilakah ibadah qurban dilakukan?
Hari Aidil-Adha
Hari-hari tasyriq
13, 14 dan 15 Zulhijjah
Hari Aidil-Adha dan hari-hari Tasyriq
Apakah tujuan ibadah qurban dilakukan?
Dimasak dan dimakan dagingnya
Menyambut hari raya
Menghampirkan diri kepada Allah
Sempena kelahiran anak.
Antara syarat binatang qurban ialah binatang An'am yang tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan daging. Apakah maksud binatang An'am?
tidak berkaki
berkaki dua
berkaki empat
berkaki lima
Berikut merupakan contoh kecacatan haiwan kecuali:
sangat besar
kaki tempang
sakit
buta
Antara syarat lain binatang qurban ialah binatang mestilah cukup umur. Berapakah had umur bagi unta?
Satu tahun atau lebih
Dua tahun atau lebih
Empat tahun atau lebih
Lima tahun atau lebih
Berikut merupakan fadhilat qurban kecuali:
Mendapat ganjaran dan keredhaan Allah
Melahirkan kegembiraan kerana mendapat zuriat
Mensyukuri nikmat yang Allah beri
Berkongsi merasai nikmat Allah
Aqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan yang halal dimakan sempena kelahiran bayi.
Betul
Salah
Hukum melakukan Aqiqah ialah _________.
wajib
harus
sunat muakkadah
makruh
Tulang-tulang binatang aqiqah disunatkan supaya tidak ___________.
dipatah-patahkan atau dikerat-kerat
dimakan
dimasak
dijamu kepada orang ramai
Antara hikmah aqiqah ialah melahirkan kesedihan kerana mendapat zuriat.
Betul
Salah
